suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak angau bercinta dengan lelaki Pakistan, kenal masa tempah langsir... Adik bimbang dipergunakan - “Dia dah ada isteri, anak”

Cinta boleh membuatkan seseorang terlalu angau dan tenggelam dalam perasaan. -Gambar hiasan AI

RAMAI mengimpikan kebahagiaan apabila bertemu pasangan baharu, lebih-lebih lagi selepas melalui episod pahit dalam kehidupan rumah tangga. 

Namun bagi seorang wanita ini, kegembiraan kakaknya untuk mendirikan rumah tangga kali kedua dengan lelaki warga asing mengundang rasa bimbang dalam kalangan adik-beradik lain.

"Kakak saya nak kahwin dengan orang Pakistan. Ceritanya dia kenal dah lama dengan lelaki itu sejak buat ansuran langsir, lebih kurang lima tahun lalu.

"Tapi tahun lepas baru lelaki itu tahu kakak saya ni seorang single mom, jadi dia mula cuba nak kenal lebih rapat," katanya menerusi satu perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘angau’ bercinta, rancang nikah janda... Bakal isteri terkejut difitnah guna nasi kangkang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tentera sedang sarat hamil dedah suami angau bercinta dengan guru, tak balik rumah ketika hari cuti

Tambahnya lagi, pada peringkat awal kakaknya tidak melayan hasrat lelaki berkenaan, namun hubungan mereka menjadi semakin rapat selepas kerap berhubung menerusi WhatsApp.

"Mula-mula kakak tolak, tapi lama-lama mereka mula berkawan dan saling mengenali. Sampailah satu hari kakak ajak lelaki itu datang rumah untuk kenal dengan kami adik-beradik," ujarnya.

Bagaimanapun, kehadiran lelaki tersebut tidak disenangi keluarganya yang mengakui kurang bersetuju dengan hubungan itu sejak awal.

Menurut wanita tersebut, mereka bukan berniat menghalang kebahagiaan kakaknya, sebaliknya bimbang jika wanita itu akhirnya menjadi mangsa penipuan dan dipergunakan demi kepentingan tertentu.

Keluarga memainkan peranan penting untuk memberi sokongan serta pandangan dalam membuat keputusan demi masa depan yang lebih baik. -Gambar hiasan AI

"Kami adik-beradik memang bantah sebab banyak kes yang kami dengar sebelum ini cuma ambil kesempatan. Ada yang nak senang buka kedai, buat pinjaman dan sebagainya.

"Tapi biasalah, bila orang dah jatuh cinta, cakap apa pun memang susah nak dengar," katanya lagi.

Menurut wanita itu, hubungan pasangan tersebut kini semakin serius malah mereka sudah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Lelaki tu sebenarnya dah ada isteri dan anak dekat negara dia," dedahnya.

  • Seorang wanita luah bimbang kerana kakaknya sedang angau bercinta dengan lelaki Pakistan.
  • Mereka berkenalan sewaktu kakak buat tempahan langsir.
  • Kakak sudah bawa lelaki itu untuk diperkenalkan dengan keluarga.
  • Keluarga bantah hasrat kakak nak kahwin bimbang kekasihnya ambil kesempatan.
  • Netizen turut nasihatkan agar jauhi lelaki tersebut bimbang ada motif tersembunyi.

Walaupun begitu, kakaknya tetap yakin dengan pilihannya kerana sering berhubung dengan keluarga lelaki tersebut menerusi panggilan video dan diterima baik. 

Perkongsian wanita itu kemudian meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya tampil memberikan pelbagai pandangan dan nasihat berhubung situasi berkenaan.

"Cari bala je, dah tahu laki tu ada bini ada anak, family mereka memang layan baik la sebab ada motif.

"Kalau laki tu dah ada wife tak payah la. Bawak kakak pergi berubat. Atau bawak lari jauh dari mamat tu.

"Hati-hati kalau dia rajin bagi makan. Takut ada baca-baca ilmu penunduk," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain