Berkongsi rezeki melalui pembahagian daging korban adalah ibadah yang amat digalakkan dalam Islam. -Gambar hiasan AI
TINGGAL berhampiran surau yang menguruskan hampir 10 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban setiap tahun tidak menjamin seseorang itu akan mendapat bahagiannya.Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila mendakwa sudah dua tahun berturut-turut dia tidak menerima sebarang agihan daging korban. Dalam luahan dibuat di media sosial, individu berkenaan berkongsi rasa terkilan kerana kediamannya hanya dipisahkan beberapa lorong sahaja dari surau terbabit.Apa yang membuatkan dia ralat, ada penduduk lain di kawasan sama didakwa boleh menerima sehingga tujuh kilogram daging korban."Sudah dua tahun berturut-turut aku tak dapat daging korban. Jiran aku yang dah duduk lama pun cakap tak pernah dapat. Padahal dekat surau tu nak dekat 10 ekor lembu orang buat korban.Ramai mengambil peluang melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha. -Gambar hiasan AI"Rumah kami pula selang beberapa lorong je dari lokasi surau tu. Yang peliknya dekat grup komuniti ada seorang tu cakap dia dapat sampai tujuh kilogram (kg) daging. Pelik dengan cara agihan."Saya positif je sampai la geng-geng yang selalu dapat daging tu asyik flex (tayang) dapat banyak. Tapi saya okey je tak dapat... lagi pun saya bekerja jadi memang tak sempat nak turun tangan," katanya.Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.Rata-ratanya memberikan cadangan membina agar individu berkenaan cuba meluangkan masa untuk lebih bergaul dan mengikuti aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat.ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20kg daging siap dipotong terbiar di kawasan pembuangan sampah - “Tergamaknya buang tanpa tanam”ARTIKEL BERKAITAN: Sedap makan daging korban, ramai terlupa tentang kolesterol... Pesakit jantung kena 'ekstra' beringat!Dalam pada itu, ada juga warga maya yang tampil menjelaskan bahawa kebanyakan pengurusan surau dan masjid pada masa kini sudah beralih menggunakan sistem kupon, berbanding kaedah penghantaran terus dari rumah ke rumah seperti waktu dahulu."Sekarang kebanyakan surau pakai sistem kupon. Dah tak ada nak hantar rumah ke rumah jadi seminggu sebelum raya haji, rajin-rajin la datang ke surau untuk dapatkan info fasal cara korban."Maaf, tak semua surau atau masjid dia datang rumah ke rumah bagi daging korban. Kadang tu mereka bagi kupon untuk ambil pada tarikh tertentu. Nasihat saya cuba la pergi masjid atau surau.Tinggal dekat dengan surau, tapi dua tahun tak pernah dapat daging korban.Penduduk pelik cara agihan selepas ada individu dakwa terima tujuh kilogram daging korban.Sudah dua tahun menetap, jiran turut dakwa tak pernah terima agihan daging korban.Netizen jelaskan kebanyakan surau kini guna sistem kupon untuk agihan daging korban.Penduduk akui jarang turun surau kerana sibuk bekerja, namun tetap hairan dengan agihan dibuat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kadang-kadang mereka tak tahu pun siapa duduk kawasan tu. Kalau awak pergi masjid atau surau, mereka akan lebih tahu," komen beberapa netizen memberikan pendapat mereka.Membalas komen netizen, wanita berkenaan memaklumkan bahawa berdasarkan pengalamannya sebelum ini, dia tetap menerima agihan daging korban walaupun tidak terlibat secara langsung sewaktu menetap di kawasan perumahan lama."Masa dekat rumah lama sebelum ni saya tak turut serta juga masa acara korban tapi selalu dapat agihan daging. Dua tahun dah pindah sini tak pernah dapat."Jiran saya yang duduk dekat lima tahun pun cakap benda sama. Insya-Allah akan rajin-rajin turun surau atau masjid masa hari cuti bekerja. Terima kasih atas nasihat," ujar individu berkenaan.