suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditegur kasar ‘pengerusi’ masjid, malu ramai mata memandang... Langsung tak minta maaf selepas serkap jarang

Adab dan hikmah penting dalam menasihati, lebih-lebih lagi di tempat ibadah. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN segelintir individu yang terus membuat andaian tanpa usul periksa boleh mengundang rasa malu dan salah faham, lebih-lebih lagi apabila ditegur di hadapan khalayak ramai.

Itulah situasi dialami seorang wanita apabila dia dan abangnya ditegur secara kasar oleh seorang lelaki warga emas, didakwa pengerusi sebuah masjid hanya kerana mereka dilihat makan berdua-duaan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa geram terhadap cara teguran itu dibuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedekah RM100 setiap kali ke masjid, lelaki putus selera kena ‘sound’ depan jemaah ketika iftar - “Asyik muka kau jer”

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya jururawat! Pesakit terlepas jawab ‘call’, datang klinik kena ‘sound’ - “Bertahun guna buku manual, tak ada sistem-sistem ni”

"Ada pakcik tua yang katanya ‘pengerusi’ sound kuat dekat aku dengan abang aku di masjid sebab makan berdua. Padahal mak ayah aku tengah ambil makanan," tulisnya.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah sekiranya individu terbabit bertanya terlebih dahulu secara baik sebelum membuat andaian.

"Kalau tanya elok-elok dulu kami couple atau tak, tak ada hal tau.

"Ini tak tanya, terus sound sampai semua orang pandang," katanya lagi.

Kebanyakan masjid mengadakan majlis kenduri atau gotong-royong ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, keadaan menjadi lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan terus berlalu pergi sebaik sahaja dimaklumkan bahawa mereka merupakan adik-beradik.

"Lepas tu bila kami cakap adik-beradik, terus chow macam tu je tanpa minta maaf atau apa-apa,” dakwanya.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang didakwa hanya menegur mereka berdua sedangkan terdapat individu lain berlainan jantina duduk bersama di khemah lain.

"Dekat khemah lain yang ada berlainan jantina kau tak nak sound, tapi dekat aku beria nak sound sebab ingat kami couple," ujarnya.

  • Seorang wanita didakwa ditegur kasar oleh lelaki pengerusi sebuah masjid.
  • Ketika itu dia sedang menjamu selera bersama abangnya, sementara ibu dan ayahnya mengambil makanan.
  • Teguran dibuat kasar hingga diperhatikan orang lain.
  • Ketika beritahu hubungan mereka adik-beradik, lelaki tersebut berlalu tanpa meminta maaf.
  • Netizen berpendapat teguran perlu dibuat secara berhemah.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat teguran perlu dibuat secara berhemah tanpa memalukan mana-mana pihak, apatah lagi jika tidak mengetahui perkara sebenar.

"Dengan orang berjawatan ni jangan bagi muka. Lawan tetap lawan.

"Memalukan, perwatakan tak seiring dengan penampilan. Ini ke ajaran Islam yang sebenar? Adab pun tak ada.

"Dekat masjid banyak je tua acah confirm masuk syurga. Kau maki je balik," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain