SEORANG wanita yang sedang berdepan konflik rumah tangga mula tersedar dengan beberapa perbuatan suami yang dianggap sebagai hint kepada perubahan sikapnya sebelum ini.Wanita ini memberitahu suaminya yang juga seorang doktor perubatan kerap on-call sehingga tiga atau empat kali seminggu memandangkan lelaki tersebut bekerja di jabatan kecemasan. Suaminya pernah pulang daripada syif on-call dalam keadaan sudah melakukan grooming dan mencukur rapi bahagian alat sulitnya."Bila saya tanya dia cakap cukur dekat hospital sebab dalam bilik OT (operation theatre) ada pisau cukur, kalau guna boleh 'clean' terus."Persoalannya, banyak masa ke waktu on-call sampai sempat buat semua itu?Setiap pasangan tidak terlepas dibadai ujian dalam rumahtangga. -Gambar hiasan"Tandas dekat hospital lagi selesa berbanding rumah sendiri? Saya memang percaya 100 peratus apa suami cakap," ujarnya.Bagaimanapun kata wanita itu, dia dan anak kini diabaikan suami malah mendakwa sudah lapan bulan digantung tidak bertali.Mereka juga kini tinggal berasingan selepas berlaku konflik dalam rumah tangga dan suami sering memberi alasan masih berasa sakit hati untuk kembali tinggal bersama."Kalau ingat balik mengenai hint bab bercukur dan beberapa perkara lain, buatkan saya rasa apa dia cakap sekarang semua alasan sahaja.ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘burnout’ tengah kerja, sambil nangis video call isteri sempat pesan simpan resipi baik-baik ‘takut hidup tak lama’ARTIKEL BERKAITAN: Suami merayu minta maaf, takut video aksi melampau terlepas ke tangan keluarga - “Katanya tak sedar apa dia buat”"Cerita dia ini masuk akal dekat korang tak? Itu belum masuk red flag lain sepanjang kahwin. Dia tak pernah bagi akses atau tengok telefon. Setiap kali cuti umum atau tahun baharu, dia akan bercuti ke mana-mana."Dia cakap on-call la, kerja lebih masa tapi kereta parkir dekat KLIA. Tak tahu nak cakap apa dan susah nak terima. Terlalu husnuzon dan naif selama ni," ujar wanita itu lagi.Dalam hantaran tersebut, wanita ini turut memohon orang ramai agar mendoakan kebaikan buat dirinya dengan anak perempuan yang kini berusia lebih satu tahun.Luahan wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempertikaikan alasan diberikan lelaki tersebut.Isteri curiga suami doktor kerap balik on-call dalam keadaan clean shave.Wanita imbas semula 'red flag' selepas digantung lapan bulan.Alasan shave di bilik OT hospital jadi persoalan netizen.Suami didakwa beri alasan on-call ketika cuti umum.Luahan wanita itu undang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah ada individu mendakwa alat pencukur disediakan di tempat kerja biasanya digunakan untuk mencukur bahagian tertentu pesakit sebelum menjalani pembedahan dan bukannya untuk kegunaan peribadi."Saya lelaki tapi bukan seorang doktor. Tak perlu grooming pun melainkan nak guna. Semoga berjaya dengan penyiasatan awak."Tak logik langsung. Pencukur tu dalam bilik OT tu buat cukur pesakit kalau nak buat pembedahan. Shaver biasa je pun."Kalau jarang clean shave, tiba-tiba dia buat maksudnya tengah berkenalan dengan seseorang. Mungkin orang yang baru dia nak jumpa atau dah beberapa kali yang memang suka 'clean shave' bahagian alat sulit," komen beberapa netizen.