Segelintir mangsa enggan membuat laporan polis kerana malu diugut dengan video lucah. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita tampil mendedahkan suaminya diugut selepas melakukan panggilan video tidak senonoh dengan individu tidak dikenali.Dalam hantaran di platform X, wanita itu berkata dia sedih bercampur kecewa apabila suaminya terpalit dengan isu berkenaan. "Suami aku datang merayu. Dia minta maaf sebab kena ugut dengan scammer video call (VC) lucah. Dia kata tak sedar apa yang dia buat.Ramai mangsa yang menyesal selepas diugut dengan penyebaran video lucah. -Gambar hiasan"Suami aku tu sejak bujang dia tak pernah langgan benda bukan-bukan. Tak tahu syaitan apa yang merasuk. Sedihnya hati aku. Rasa luluh," tulisnya.Namun di sebalik kekecewaan itu, pengadu berkata dia tetap menemani suaminya untuk membuat laporan di sebuah balai polis.Bagaimanapun katanya, hidup mereka kini tidak tenang kerana individu berkenaan mengugut untuk menyebarkan video lucah itu kepada ahli keluarga.Wanita dedah suaminya diugut dengan penyebaran video lucah.Individu itu mengugut untuk menyebarkan video kepada keluarganya.Wanita itu kecewa, namun tetap menemani suaminya membuat laporan.Dua pelayar X kongsi mereka juga pernah jadi mangsa ugutan sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kami pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebab takut video tu tersebar. Aku juga teman dia pergi balai buat laporan."Yang ugut tu kata nak hantar dekat keluarga kami. Tapi aku rasa macam membazir je pergi buat laporan sana-sini. Buat malu je, aib."Apabila kita abaikan, dia berhenti ugut kita. Banyak lagi mangsa dia nak layan, bukan suami aku seorang je," tulis wanita itu lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”ARTIKEL BERKAITAN: Dendam putus cinta... 4 lelaki sebar video lucah, tergamak hantar pada ibu bapa mangsaDi ruangan komen, seorang lelaki berkata dia juga pernah menjadi mangsa ugutan yang sama."Aku dulu pernah jadi mangsa. Apa aku buat, aku block je. Kalau dia chat pakai nombor telefon lain, aku block lagi."Tak tahulah video tu viral ke tak, tapi itu cara aku buat dan scammer tak kacau dah," tulisnya.Mangsa yang diugut pastinya akan hidup dalam keadaan tidak tenteram. -Gambar hiasan AISeorang lagi individu turut berkongsi kisahnya yang diperangkap dengan panggilan video lucah oleh orang tidak dikenali."Kes laki kau ni lebih kurang macam aku. Tapi aku masa tu, ada nombor tak dikenali buat panggilan video. Bila angkat panggilan, terus dia screenshot muka aku. "Jadi aku okey je dia nak sebarkan. Memang dia sebarkan pun. Kecoh grup keluarga dan kawan-kawan. Aku buat santai je sebab tak ada buat salah pun. Memang itu modus operandi mereka," tulis individu itu pula.