suria

“Tak salah pun kahwin tak ada anak” - 9 tahun tiada zuriat, wanita lebih selesa guna duit pergi ‘travel’ banding buat IVF

Bagi pasangan yang sedang TTC, mereka berikhtiar mengikut kemampuan fizikal, emosi dan kewangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan suami isteri pasti mengimpikan zuriat sebagai pelengkap dalam rumah tangga yang dibina. 

Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki yang sama, ada yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum penantian berakhir dengan berita gembira.

Justeru, kebanyakan pasangan yang sedang melalui fasa trying to conceive (TTC) memilih untuk berikhtiar dengan kaedah perubatan seperti persenyawaan in-vitro (IVF) bagi merealisasikan impian menjadi ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki bunting pelamin, serba salah nak kongsi berita gembira dengan famili... Risau kakak ipar TTC terasa hati

ARTIKEL BERKAITAN: Guru TTC menangis kena hambur, murid prihatin pujuk dari luar tandas - “Teacher takkan faham sebab belum ada anak”

Bagaimanapun, berlainan pula dengan wanita ini yang memilih untuk tidak mencuba kaedah tersebut meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun. 

Wanita ini menekankan bahawa keputusan itu dibuat atas faktor kos, tekanan mental, serta keinginan untuk menikmati hidup dengan cara lain.

Kehadiran anak bukan sekadar pelengkap rumah tangga, sebaliknya satu amanah yang perlu dipelihara. -Gambar hiasan AI

"Saya dah kahwin sembilan tahun tak ada anak. Tak buat IVF sebab malas... mahal sangat. Baik guna duit tu untuk melancong tengok negara orang lagi best.

"IVF ni sudahlah mahal, mental pun boleh 'koyak'. Lepas tu kalau berjaya, nak kena penat-penat jaga anak pula. Jaga anak, besarkan anak pun bukan mudah.

"Kalau tak berjaya, mental akan 'koyak' juga. Almost seumur hidup kena hadap mental 'koyak' dan stressful," luahnya.

Bagi wanita ini, memilih untuk tidak berikhtiar dengan IVF bukan bermaksud menolak tanggungjawab sebagai pasangan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesejahteraan diri dan pasangan serta menikmati hidup selagi masih sihat.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman sembilan tahun berkahwin tanpa dikurniakan zuriat.

  • Dia memilih untuk tidak mencuba kaedah IVF kerana faktor kos yang tinggi dan tekanan mental.

  • Wanita itu lebih selesa menggunakan wang untuk melancong dan menikmati hidup bersama pasangan.

  • Menurutnya, keputusan tersebut bukan bermakna menolak tanggungjawab, sebaliknya menjaga kesejahteraan diri.

  • Perkongsian itu mengundang reaksi bercampur daripada netizen, ada yang menyokong dan ada yang mengecam.

"Jadi aku malas, baik aku guna duit tu untuk enjoy saja, travel, nikmati hidup sementara badan masih sihat. 

"Tak salah pun kahwin tak ada anak," akhirnya.

Perkongsiannya itu ternyata mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.

Dalam pada ada yang bersetuju dan menghormati pandangan wanita tersebut, sebahagian yang lain pula melontarkan kecaman.

"Sebab tu Allah tak bagi anak lagi. Cara sis cakap pun memang tak nak anak dan tak nak berpenat bila ada anak. Betul Allah tak salah pilih.

"Anak tu ibarat harta dunia dan akhirat. Tak terbanding ye walau ada harta banyak pun sampai kena bandingkan lebih baik 'travel' tu," antara komen netizen. 

Artikel Lain