ISU zuriat sememangnya menjadi topik sensitif dalam kalangan pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata atau TTC (trying to conceive).Seorang guru tadika mengaku terasa hati dengan kata-kata seorang ibu kepada muridnya, yang secara tidak langsung menyentuh peribadi dirinya sebagai wanita TTC. Menurut guru berkenaan, dia sudah hampir lima tahun berusaha untuk menimang cahaya mata dan selama ini berusaha untuk terus kuat serta profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.Namun, emosinya goyah apabila seorang ibu memberi reaksi kurang menyenangkan ketika dia menegur tingkah laku anaknya di sekolah.Ibu bapa menggunakan khidmat pengasuh bagi memudahkan urusan. -Gambar hiasan AI"Selalu saya jenis kental tapi hari ni mana entah hilang kekuatan kental tu bila ada parents yang respons macam ni waktu kita tegur kelakuan anaknya."Teacher tak akan faham sebab teacher belum ada anak lagi," guru itu mengimbas kata-kata yang membuatkan dirinya terasa hati.Tambah guru itu lagi, dia mengambil masa bersendirian di dalam tandas untuk menenangkan diri kerana berasa terlalu sedih dengan kenyataan tersebut.Keadaan itu turut disedari oleh murid-muridnya apabila ada yang datang mencarinya di luar tandas dan bertanya dengan nada risau.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bujang pertikai ibu bapa hantar anak ke tadika swasta, anggap nak ‘flex’... Hujung bulan merungut tak cukup duitARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas hati cikgu tadika paksa bayar RM110 walau anak tak sertai rombongan... Rasa seperti kena scam!"Teacher? Saya tak dengar bunyi air… teacher okay ke?" dia berkongsi mengenai keprihatinan anak murid.Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang tampil memberikan kata-kata semangat dan sokongan.Antara komen yang diterima termasuklah pujian terhadap dedikasi seorang guru tadika yang dianggap lebih mengenali murid mereka berbanding sesetengah ibu bapa."Saya percaya cikgu mesti lagi kenal anak tu daripada mak ayah dia sendiri. Saya memang kagum semua cikgu tadika. Terima kasih didik anak-anak. Semoga urusan cikgu dipermudahkan.Guru tadika TTC hampir lima tahun terasa hati dengan kata-kata ibu murid yang menyentuh isu zuriat.Ibu berkenaan berkata dia tidak memahami situasi kerana belum mempunyai anak.Emosi guru terganggu sehingga dia mengambil masa menenangkan diri di dalam tandas.Perkongsian berkenaan mengundang simpati dan sokongan netizen yang menghargai pengorbanan guru tadika.Guru berkenaan menegaskan luahan itu sekadar untuk menguatkan semangat dan terus komited mendidik anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Yang bujang pun 'pedih' bila orang cakap macam ni. Ini kan pula orang TTC. Semoga dipermudahkan urusan cikgu."Saya harap awak tak ambil hati dengan parents tersebut. Perasaan awak pun valid. Awak dah buat yang terbaik cuma biasalah... ada hari-hari tak seronok macam ni kan," komen beberapa netizen.Dalam pada itu, guru berkenaan menjelaskan dia tidak mempunyai niat lain selain meluahkan perasaan di media sosial sebagai cara untuk menguatkan kembali semangat dirinya."Tak ada niat apa-apa, cuma luah di sini sebab nak dapatkan kata-kata semangat untuk kuat semula."Saya sudah kuat tau. Terharu sangat-sangat (baca komen). Tak sangka ramainya faham hati mengada gedik jentik-jentik kita ni. Doakan saya terus kuat untuk tanggungjawab ni ye," katanya lagi.