Kakitangan perubatan turut mengalami kesukaran mengendalikan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan. -Gambar hiasan AI
ISU berat badan berlebihan sering kali dipandang sebagai masalah peribadi.Namun hakikatnya, ia turut memberi kesan besar kepada orang sekeliling termasuk petugas perubatan dan anggota keselamatan. Berkongsi situasi berdasarkan pengalaman peribadi, wanita yang mendakwa berkhidmat sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital mendedahkan cabaran dihadapi kru dewan bedah apabila perlu mengendalikan pesakit obesiti.Ada yang beranggapan individu berbadan gempal adalah comel. -Gambar hiasan"Kami dalam dewan bedah, sebelum apa-apa akan semak berat pesakit dulu."Terkena hari tu, 175 kilogram ye, terlentang masing-masing lepas angkat pesakit tu," ujarnya di Thread tanpa mendedahkan identiti diri.Menurut wanita itu, bebanan fizikal yang melampau bukan sahaja menyukarkan pesakit bergerak malah akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan petugas perubatan.ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tak setaraf dengan aku!” - Wanita gempal bongkar sikap lelaki ‘tak cukup inci’, bijak manipulasi bentuk fizikal pasanganARTIKEL BERKAITAN: Saiz seluar dalam jadi bahan gurauan, wanita ‘chubby’ nekad turun berat badan - “Orang cakap tak lawa pula, nampak cengkung”Ia berikutan, segelintir petugas perubatan perlu memindahkan pesakit dari katil dewan bedah ke katil wad."Banyak nurse kena slip-disc sebab angkat pesakit gemuk," dakwanya lagi.Sehubungan itu dia meminta supaya mereka yang mengalami masalah berat badan untuk tampil kurus dan mencapai indeks jisim badan (BMI) yang normal.Penolong pegawai perubatan dedah cabaran urus pesakit obes.Dakwa pernah angkat pesakit seberat 175 kilogram.Ramai jururawat alami slip disc akibat beban fizikal.Minta individu obes kurus demi diri dan orang lain.Netizen berbelah bahagi, ada kecam ‘body shaming’, ada setuju.Ringkasan ini dijana oleh AITerdahulu, wanita itu berkongsi situasi berkenaan sebagai jawapan balas kepada hantaran seorang pengguna Thread yang bertanya mengapa kaum Adam enggan berkahwin dengan wanita berbadan besar dan obesiti.Di ruangan komen, kebanyakan warga maya menganggap pertanyaan itu sebagai satu bentuk body shaming terhadap golongan wanita berbadan gempal.Namun tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangan petugas kesihatan berkenaan selepas mengambil kira beberapa peristiwa melibatkan individu berbadan besar.Antara reaksi netizen."Jururawat pun banyak gemuk tapi itulah, nurse yang gemuk lebih penyayang dan rajin berbanding yang kurus."Masih tak faham kenapa orang berbadan besar ni cakap mereka tak menyusahkan orang."Mahu ke apabila hendak ditanam nanti, kena minta bantuan kren."Sebagai orang gemuk, saya pun malu masa masuk bilik bedah tahun lepas... kalau boleh lepas selesai bedah tu, saya nak pindah katil sendiri," demikian reaksi netizen.