SEORANG pengguna Thread meluahkan harapan agar sakit ketika datang bulan atau kitaran haid yang dialami wanita akan dipandang lebih serius oleh orang ramai.Dalam hantaran tular di Thread, dia turut menggesa kerajaan agar memperkenalkan cuti khas bagi kaum Hawa yang berdepan sakit senggugut melampau. "Aku rasa kerajaan dah boleh wujudkan cuti haid atau menstrual leave. Aku cakap macam ni sebab setiap bulan senggugut teruk. Aku tahu ramai perempuan hadap benda sama. Kesakitan melampau boleh mengganggu aktiviti harian serta pekerjaan. -Gambar hiasan AI"Aku juga nak buka mata semua doktor dan majikan yang anggap period pain ni tak sakit. Tapi aku tak pukul rata semua doktor dan majikan," tulis wanita itu.Dakwanya lagi, dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan ketika meminta cuti sakit (MC) di hospital sewaktu senggugut."Aku cakap sebab aku pergi klinik dan hospital, muka pucat disebabkan tahan period pain, doktor boleh bagi reaksi, la senggugut je.Wanita mohon kerajaan wujudkan cuti khas untuk individu yang sakit datang bulan.Dia sendiri kerap minta MC kerana senggugut melampau sehingga pengsan.Pengadu dakwa doktor pandang remeh ketika dia datang untuk mendapatkan MC.Wanita itu menegur golongan doktor agar menjaga adab dengan pesakit.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mana korang (doktor) letak adab apabila jumpa pesakit? Tak perlu sindir orang sakit. Doktor lelaki dan perempuan yang aku jumpa semua sama perangainya. "Tapi saya tak pukul rata semua. Paling lama boleh kena sampai empat hari. Saya juga sampai tahap pengsan apabila menahan period pain tu," tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai kaum Hawa turut bersetuju dengan pandangan wanita itu dan berharap agar nasib mereka lebih terbela selepas ini.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa tak selamat, BF kira tarikh angkat ‘bendera merah’ tiap-tiap bulan... Siap ingatkan beberapa hari sebelum tibaARTIKEL BERKAITAN: Darah berderau! Ibu terkejut anak 7 tahun tumbuh bulu ketiak, ada payudara"Jom buat petisyen dan suarakan ke Parlimen. Tiap bulan azab sakit. Saya pun pernah kena judge dengan pembantu perubatan (MA) lelaki."Saya tak pernah hadap senggugut tapi ada seorang kawan saya pernah pengsan dalam LRT sebab menahan sakit masa period. Kesian sangat," tulis beberapa netizen.