SEORANG ibu tidak menyangka perubahan pada tubuh anak perempuannya berumur tujuh tahun, 11 bulan petanda kanak-kanak itu menghadapi masalah kesihatan serius.Wanita itu memaklumkan bau badan anaknya tiba-tiba berubah seperti orang dewasa dan tidak lama kemudian kelihatan buah dadanya mula membesar. “Saya tengok dia masih kecil, comel macam biasa. Dalam hati ingat mungkin sebab makanan dia cukup zat, jadi cepat tinggi dan matang,” katanya.Namun setahun selepas itu, muncul pula bulu-bulu halus di bahagian ketiak manakala ketinggiannya meningkat dengan begitu ketara berbanding rakan seusia.Ibu bapa perlu segera mendapatkan pandangan pakar jika anak mengalami 'precocious puberty'. -Gambar hiasan AIBimbang melihat situasi itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya mendapatkan pemeriksaan di klinik pakar dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami precocious puberty atau akil baligh awal.“Darah saya rasa berderau bila dengar kemungkinan dia boleh datang haid terlalu cepat. Jujurnya kami belum bersedia mental nak hadap situasi macam ni,” katanya.Menurut wanita itu, rawatan untuk memperlahankan hormon melibatkan suntikan berkala dan kos tinggi namun mereka meneruskannya demi melihat anak membesar dengan sihat.Pakar pediatrik menjelaskan, precocious puberty berlaku apabila hormon pembesaran dan reproduktif aktif lebih awal daripada normal. Jika tidak dirawat, anak boleh berdepan gangguan emosi, masalah keyakinan diri serta komplikasi tumbesaran.Info akil baligh awal- Akil baligh terlalu awal: sebelum lapan tahun (perempuan), sebelum sembilan tahun (lelaki).- Tanda utama: payudara membesar awal, bau badan dewasa, tumbuh bulu ketiak/kemaluan, ketinggian mendadak.- Kesan: tulang matang awal, risiko jadi rendah bila dewasa, berlaku gangguan emosi.- Punca: gangguan hormon otak/kelenjar atau pendedahan hormon luar.- Tindakan: perlu diagnosis pakar dan rawatan melambatkan hormon.