Kerap bangun malam boleh menyebabkan emosi seseorang indvidu terganggu pada waktu pagi. -Gambar hiasan AI
BANGUN malam untuk ke tandas sering dianggap perkara biasa, namun jika berlaku terlalu kerap, keadaan itu sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur dan memberi kesan kepada kesihatan secara keseluruhan.Menurut Public Health Malaysia, tidur yang terganggu menyebabkan tubuh gagal mendapat fasa tidur paling berkualiti untuk memulihkan saraf, menstabilkan hormon, mengawal emosi dan mengembalikan tenaga. Lama-kelamaan, individu akan bangun pagi dalam keadaan letih, emosi mudah terganggu dan fokus merosot.Keadaan ini bukan semata-mata berpunca daripada faktor usia atau pengambilan air berlebihan tetapi kerap kencing malam juga boleh menjadi petanda awal masalah kesihatan.Hadkan pengambilan air dua jam sebelum tidur. -Gambar hiasan AIAntaranya seperti paras gula darah tinggi, pembesaran prostat dalam kalangan lelaki serta jangkitan saluran kencing (UTI).Selain itu, gangguan tidur seperti obstructive sleep apnea (OSA) turut dikaitkan dengan kerap terjaga malam.Individu yang berdengkur kuat dan mengalami gangguan pernafasan ketika tidur mungkin kelihatan tidur lama, namun sebenarnya badan terjaga berulang kali tanpa disedari.Orang ramai disaran mengambil langkah awal seperti menghadkan pengambilan air dua jam sebelum tidur, mengurangkan kafein lewat petang dan mengelakkan minuman manis pada waktu malam.Jika terjaga dua kali atau lebih hampir setiap malam, pemeriksaan di klinik wajar dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.Rawatan segera juga perlu jika mengalami demam, sakit pinggang teruk, sakit ketika kencing atau kencing berdarah.Tidur yang sering terganggu bukan sekadar menyebabkan keletihan, malah boleh menjejaskan kualiti hidup jika terus dipandang remeh.