PENGARAH Hashim Rejab mengakui terkilan dengan sambutan penonton terhadap filem terbaharu arahannya, Orang Perang yang tidak memberangsangkan ketika ini.Mengulas mengenai luahan penerbitnya, Ain Nordin yang mendakwa filem berkenaan seolah-olah 'dianaktirikan' susulan pengurangan slot waktu dan penukaran lokasi tayangan yang terpencil, Hashim berkata dia sangat memahami kekecewaan tersebut. Bagaimanapun, Hashim mengambil pendekatan realistik memandangkan pihak pawagam beroperasi atas dasar perniagaan dan permintaan semasa.Hashim harap filem tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. “Penerimaan orang ramai tidak memberangsangkan. Sebenarnya teruk nak cakap, saya sendiri pun tidak faham kenapa dan mungkin tiada rezeki.“Saya faham situasi penerbit apabila jangkaannya mahukan filem ini diberi peluang lebih. Tetapi kita juga faham bisnes memang macam itu, bila tiada permintaan, kuranglah panggungnya.“Nak cakap pun serba salah sebab di pihak penerbit, saya faham kehendak dia untuk kembalikan modal dan raih keuntungan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Tegas Hashim, sejak awal pembikinan filem itu, fokus utamanya bukan untuk mendapat pengiktirafan mahupun trofi di Festival Filem Malaysia (FFM).Sebaliknya, jelas Hashim, mereka meletakkan kejayaan komersial sebagai keutamaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pawagam lengang, Niezam Zaidi dipuji tetap komited ‘turun‘ promosi filemARTIKEL BERKAITAN: “Baru bayar RM10 dah rasa layak jadi pengkritik hebat?” - Pengarah tak halang penonton ‘judge’ filem Orang Perang“Masa buat filem ini, kita sedar ramai orang cakap 'kejar anugerahlah, pergilah ke anugerah', tapi bukan itu yang kita kejar.“Yang saya kejar adalah duit, saya kejarkan keuntungan kepada penerbit. Saya mahu penerbit saya gembira dengan hasil produk ini, ada kutipan dan dapat duit barulah semua pihak gembira,” ujarnya. Mengulas punca karyanya dipandang sepi, Hashim menafikan kegagalan menarik penonton berpunca daripada kelemahan promosi.Sebaliknya, dia melihat kecenderungan penonton tempatan serta rekod kutipan lalu membuktikan bahawa naskhah bergenre sejarah berdepan cabaran besar untuk menarik minat penonton. Kutipan filem tersebut masih di tahap yang tidak memberansangkan. “Bahagian pembikinan saya sudah buat yang terbaik semampu kita, jadi bila kurang sambutan ke panggung, agak sedihlah. Nak kata orang tak tahu langsung pasal promosi itu agak mustahil kerana filem ini keluar di televisyen, media sosial dan ada artikel penulisan.“Cuma tarikan sebenar ke panggung itu kita sukar nak faham dengan kehendak generasi baharu sekarang. Salah satunya mungkin rekod lalu filem bergenre sejarah atau patriotik memang tak banyak buat kutipan dari zaman dahulu lagi, jadi ia bukan dalam senarai pilihan penonton.“Bagi baki tempoh tayangan ini, saya cuma berharap ada keajaiban gelombang kedua yang tular agar dapat membantu meningkatkan kutipan sebelum tamat,” tambahnya.