PENYANYI rap Kmy Kmo berdepan ujian berat apabila bapanya, Mohamed Azmaili Ismail kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung yang kronik.Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 37, memaklumkan tahap kesihatan serta fungsi jantung bapanya semakin merosot selepas hampir 23 tahun bergantung kepada rawatan dialisis. Kmy mendedahkan bapanya kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat sokongan jantung selain perlu menjalani kaedah dialisis khas berikutan keadaannya yang tidak stabil.Hantaran Kmy di Threads miliknya. “Abah saya telah menjalani dialisis selama hampir 23 tahun. Kini, beliau mengalami serangan jantung yang serius dan fungsi jantungnya semakin merosot dari hari ke hari.“Beliau kini bergantung pada ubat sokongan jantung dan menjalani dialisis khas (Sustained Low-Efficiency Dialysis SLED) di ICU kerana keadaan jantung yang tidak stabil,” kongsinya di halaman Threads pada Jumaat. Mengulas mengenai rawatan susulan, Kmy memberitahu keluarganya kini berada dalam fasa sukar untuk membuat keputusan memandangkan prosedur imbasan salur darah (angiogram) mempunyai risiko komplikasi yang sangat tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: "Mati di sana itu manusia, bukan boneka kosong dibuat-buat” - Kmy Kmo rela hidup susah, tolak tawaran pro-ZionisARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo cuak pemandu e-hailing ‘microsleep’, sanggup tawar diri tukar tempat duduk... Siap bagi gula-gula sambil berborak“Menurut doktor, prosedur angiogram membawa risiko yang sangat tinggi, termasuk strok, kegagalan jantung dan kematian.“Kini, keputusan besar perlu dibuat bersama ayah, umi dan adik-beradik sama ada mahu meneruskan angiogram atau memberi tumpuan kepada rawatan sokongan untuk menstabilkan keadaannya,” luahnya.Kmy Kmo harap orang ramai dapat mendoakan kesihatan bapanya. Kmy memohon supaya orang ramai, institusi masjid mahupun maahad tahfiz untuk menitipkan doa serta mengadakan solat hajat buat bapanya agar diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.“Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan ayah aku. Jika ada maahad tahfiz atau masjid nak buat solat hajat dan mendoakan, ini nama penuh ayahku, Mohamed Azmaili Ismail,” katanya.