PENYANYI rap, Kmy Kmo meluahkan pendirian tegasnya untuk tidak terlibat dengan sebarang acara atau kerjasama yang ditaja oleh syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan rejim Zionis Israel.
Menurut Kmy atau Lukmanul Hakim, 36, dia sanggup tidak menerima sebarang bayaran persembahan atau tawaran kerja demi mempertahankan prinsip kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
“Biar la aku berpuasa kalau itu sudah takdir, daripada aku ikut serta mana-mana kerja atau konsert tajaan jenama yang menyumbang ke arah Israel.

Luahan Kmy di Threads miliknya.
"Tak ada duit show pun tak apalah, aku reda.
"Aku pendosa juga, tapi belum terasa untuk menjadi najis Israel,” katanya.
Kmy berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Threads miliknya pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, kata Kmy, penderitaan yang dialami rakyat Palestin bukanlah satu perkara main-main, sebaliknya perkara yang terjadi melibatkan nyawa manusia sebenar yang dizalimi saban hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kmy Kmo dijangkiti ‘chicken pox’ kali kedua, terpaksa ambil air tulang belakang
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun ‘peram’ akhirnya Kmy Kmo tampil lagu solo, luah perasaan dalam 21A
Malah, Kmy juga menekankan ujian Tuhan bukan sekadar pada harta, tetapi pada hati dan dia tidak mahu kecundang dalam ujian iman.
“Yang mati di sana itu manusia! Bukan boneka kosong yang dibuat-buat.
“Tuhan uji hati, elak ‘mati’ iman sebelum jasad ‘dimatikan’,” jelasnya.
Pendirian Kmy Kmo ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen apabila ramai yang memuji keberaniannya bersuara lantang dalam isu yang sering dianggap sensitif oleh segelintir pihak industri hiburan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


