suria

Fara Salleh mengamuk lagi! Dakwa Shuk Sahar elak panggilan mahkamah, terpaksa guna media sosial

Fara mahu selesaikan urusan mahkamah dengan segera.

ISTERI kepada Shuk Sahar meluahkan rasa kesal apabila suaminya itu tidak memberikan kerjasama yang baik kepada Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor bagi menguruskan urusan pendaftaran pernikahan.

Dakwa Fara, 33, bukan hanya Shuk malah ahli keluarganya juga seolah-olah enggan membantu dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Jelas Fara, pihak mahkamah hanya menghubungi Shuk untuk memaklumkan penangguhan kes mereka pada Ogos lalu kepada tarikh baharu iaitu 3 September ini.

Luahan hati Fara di Instastory.

"Mahkamah hubungi untuk penangguhan kes dari bulan Ogos kau tak jawab. Pegawai mahkamah siap beritahu, bila kenalkan diri dari Mahkamah Rendah Segamat kau terus putuskan talian dan tak angkat panggilan itu.

"Hubungi mak dan ayah kau tak pernah berangkat. Hubungi abang kau siap konon acah acah salah nombor padahal gambar WhatsApp semua masih gambar sendiri.

"Jahat ya keluarga ini, mana acah-acah peguam kau? Kenapa tak datang mahkamah untuk ambik tahu hal ini? Dari mak bapa sampai anak semua jahat," katanya di Instastory miliknya pada Jumaat.

Menurut Fara, dia percaya tindakan suaminya itu akan dijadikan alasan tidak mengetahui perubahan tarikh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan terbuka Fara Salleh buat keluarga mentua, tak tamak tuntut harta... Minta Shuk Sahar hadir mahkamah

Tegasnya, dia juga tidak mempunyai cara lain selain menggunakan media sosial untuk memberi maklumat tersebut kepada Shuk.

"Kau buat macam itu kenapa? Supaya nanti kau boleh bagi alasan 'tak diberitahu pun' 'tak tahu pun ada tarikh mahkamah' kenapa tak WhatsApp? Kenapa guna media sosial.

"Sebab inilah, nampak sekarang kenapa aku guna media sosial. Semoga Allah saja balas segala perbuatan kau," kongsinya.

Dalam pada itu, Fara memberitahu dia melakukan semua ini demi anaknya, Elaine Nada yang sedang membesar.

Fara cuba selesaikan kerana anak.

Katanya, dia enggan anaknya itu menjadi mangsa buli apabila namanya tidak lengkap dengan seorang bapa.

"Kalau ikutkan aku  pun tak nak naik mahkamah ini semua buat penat aku. Tapi kau fikir tak fasal Nada? Zaman buli ini dengan orang buli fasal nama bapa.

"Tolong Shuk aku buat semua ini sebab Nada, tak faham aku satu keluarga teruk jahat, sebabkan perangai kau anak jadi mangsa," luahnya.

Shuk dan Fara masih belum dapat berdamai.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapat penjelasan lanjut daripada Shuk tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.

Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain