suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliff Daniel kesal junjung alat agama lain, lakukan ritual cucuk-cucuk... Hakim ingatkan taubat nasuha, arah jalani pemulihan akidah

Aliff Daniel mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

SEORANG pemuda yang pernah tular berhubung tindakan melakukan ritual keagamaan lain di sebuah kuil diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor untuk menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan.

Perintah terhadap Aliff Daniel Adli, 21, dibuat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah.

Hukuman di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman itu berkuat kuasa mulai Rabu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Aliff Daniel melakukan pemujaan salah dengan menjunjung alat keagamaan lain, melakukan ritual mencucuk anggota badan serta berlutut dengan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada di hadapan patung.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kuil di Batu Caves antara pukul 9 hingga 11 malam, 24 Januari 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Dada berombak, terkejut tengok gambar cucuk-cucuk... Bapa Aliff Daniel dakwa konflik akidah anak punca rumah tangga hancur

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Mohd Faizal menasihatkan tertuduh supaya bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan usia muda.

"Kesalahan yang kamu lakukan ini, bukan kesalahan yang lazim dilakukan dalam kesalahan-kesalahan jenayah. Ini melibatkan akidah, melibatkan tauhid kamu sebagai seorang Islam.

"Mahkamah menasihatkan kamu untuk bertaubat, taubat yang sebenar-benar taubat yang disebut sebagai taubat nasuha.

"Di usia kamu yang masih muda ini, banyak lagi perkara yang perlu kamu lihat daripada perkara-perkara yang tidak sewajarnya, dalam konteks kamu sebagai seorang yang beragama Islam," tegas beliau.

Mahkamah menetapkan 25 Februari 2027 bagi sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan perkembangan pemulihan akidah tertuduh.

Artikel Lain