suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hamil enam bulan diherdik bodoh sebab mengidam ayam gepuk, kepala kena tunjal minta RM5 - “Saya teringin sangat”

Bagi sesetengah wanita hamil, keinginan menikmati sesuatu makanan kadang kala sukar untuk ditahan. -Gambar hiasan AI

KEHAMILAN bukan sahaja hadir dengan perubahan fizikal dan emosi, malah turut dikaitkan dengan keinginan terhadap makanan tertentu yang kadang kala sukar ditahan.

Bagi sesetengah wanita, keinginan kecil seperti menikmati makanan kegemaran mungkin dianggap perkara biasa. 

Namun, tidak semua berpeluang merasai layanan dan perhatian yang diharapkan daripada pasangan sebagaimana situasi dialami wanita ini.

"Valid ke perasaan kita sebagai isteri yang mengandung? Nak minta duit poket RM50 je sebab suami baru lepas gaji. 

Fasa mengidam sering kali dikaitkan dengan kehamilan. -Gambar hiasan AI

"Persoal nak buat apa? Saya nak nak beli ayam gepuk sebab dah enam bulan mengandung teringin sangat. Lebihan tu nak simpan untuk mengidam nanti sebab tahu susah nak dapat duit," luahnya.

Bagaimanapun, bukan setakat permintaannya tidak dipenuhi malah wanita tersebut mendakwa menerima makian daripada si suami. 

"Terus kena maki 'bodoh' sebab mengidam benda bukan-bukan. Hari tu minta RM5 je pun kena tunjal kepala," kongsinyadalam hantaran di Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mati kalau tak beli“ - Wanita hamil mengidam ‘snow crab‘ kena marah dengan mentua, geram suami ‘anak mak‘ hanya diam membatu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil mengidam benda haram, suami serba salah! Boleh tunaikan atas alasan darurat atau sebaliknya?

Dalam perkongsian sama, wanita itu menjelaskan dia tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, selain perlu menjaga anak kecil berusia dua tahun.

"Kalau ada duit sendiri memang tak nak minta pun," katanya.

Apa lebih menyedihkan, dia terpaksa bertahan kerana memikirkan nasib anak selain sudah tidak mempunyai keluarga untuk dijadikan tempat bergantung.

  • Seorang wanita hamil enam bulan terkilan apabila suami enggan memberinya RM50 untuk membeli ayam gepuk.
  • Dia mendakwa dimaki 'bodoh' kerana mengidam, malah pernah ditunjal kepala ketika meminta RM5.
  • Wanita itu tidak bekerja kerana masalah kesihatan dan perlu menjaga anak berusia dua tahun.
  • Dia bertahan demi anak-anak serta tidak mempunyai keluarga untuk bergantung harap.
  • Netizen tampil memberikan kata-kata semangat untuknya menghadapi dugaan.

"Kalau nak berpisah pun saya fikir banyak kali, kesiankan anak. Saya ada rancang nak kerja selepas bersalin anak kedua, ada simpanan boleh cari rumah sewa," luahnya lagi.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan, selain tampil memberi kata-kata semangat untuknya menghadapi dugaan lebih-lebih lagi ketika berbadan dua.

"Pastikan ini anak terakhir untuk suami tak guna tu. Lepas bersalin pergi kerja, nikmati kehidupan kamu.

"Biasa yang kedekut ini nanti Allah bagi dia jatuh terduduk. Masa tu sis jangan lupa throwback segala kebakhilan dia," komen netizen.

Artikel Lain