suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 55 tahun menyanyi, DJ Dave rancang konsert solo berskala besar buat kali terakhir

DJ Dave bakal adakan konsert solo terakhir.

PENYANYI Datuk DJ Dave merancang mengadakan konsert solo berskala besar buat kali terakhir sempena 55 tahun pembabitannya dalam industri seni suara pada tahun hadapan.

DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah, 78, berkata perancangan mengadakan konsert berkenaan sudah bermula sejak sebulan lalu.

Menurutnya, konsert itu bukan sekadar meraikan perjalanan karier seninya, malah bertujuan mengumpul dana bagi membantu Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

DJ Dave teruja kongsi persiapan konsert terakhirnya.

"Ini kali pertama saya bercerita kepada media mengenai konsert ini. Sebelum ini saya simpan dahulu sebagai rahsia.

"Namun, tujuan saya mengadakan konsert ini adalah untuk mengumpul dana bagi YKAT," katanya.

Mengulas lanjut, DJ Dave memberitahu konsert berkenaan bakal menjadi persembahan solo berskala besar terakhirnya sebelum dia mengehadkan aktiviti seni kepada persembahan berskala kecil.

Katanya, konsert itu berkemungkinan diadakan di sebuah dewan besar seperti Plenary Hall dan memerlukan persiapan rapi, terutama daripada segi kekuatan vokal serta stamina.

ARTIKEL BERKIATAN: “Go to hell!“ - DJ Dave ‘pantang‘ pekerja seleweng duit kebajikan, telus kendali dana YKAT

ARTIKEL BERKIATAN: DJ Dave sedih lihat keadaan Dharma Harun, YKAT sumbang RM1,000 untuk beli makanan berkhasiat

"Perancangannya sudah berjalan sejak sebulan lalu, tetapi ia memerlukan masa kerana ini bakal menjadi konsert solo berskala besar saya yang terakhir.

"Selepas ini saya hanya akan menerima tawaran persembahan kecil seperti dinner show," ujarnya.

Berkongsi mengenai konsep persembahan, DJ Dave berkata dia mahu mengangkat tema era 1970-an, namun memilih untuk tidak mendedahkan perincian lanjut bagi mengekalkan elemen kejutan buat peminat.

"Saya tak boleh berkongsi lebih lanjut. Biarlah ia menjadi kejutan buat peminat nanti," kongsinya.

Artikel Lain