suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sweetnya! Dr Fie puji suami sporting, tak pernah merungut layan kerenah

Dr Fie terlihat bahagia di sisi suami tercinta.- Kredit foto thekhulafastudio.

PERSONALITI media sosial, Dr Fie meluahkan rasa terharu dan bersyukur memiliki suami yang cukup memahami serta sentiasa memberikan kerjasama sepanjang mereka melakukan persiapan perkahwinan.

Dr Fie atau nama sebenarnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, berkata, dia menghargai sikap suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar yang sentiasa melayan segala permintaan tanpa merungut walaupun terpaksa melalui urusan yang memenatkan.

Malah, dia turut berterima kasih kerana suaminya tidak pernah mempertikaikan minat dan kerjayanya sebagai seorang pencipta kandungan di media sosial.

Dr Fie imbau persiapan bersama suami tercinta.

"Buat suami tersayang, terima kasih sebab sangatlah sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita. Saya tahu semuanya agak sibuk, penat dan kadang-kadang membebankan.

"Tapi awak tak pernah merungut apatah lagi bertekak dengan saya. Awak ikut saja apa yang saya dan keluarga rancang.

"Saya hargai sangat awak sertai saya buat content, macam dah biasa buat content itu. Terima kasih sebab tak pernah buat saya rasa bersalah dengan kerja dan minat yang saya buat," kongsinya menerusi hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Dr Fie turut menghargai kesabaran Amrul yang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk sesi rakaman video dan fotografi selepas majlis perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan selamat bernikah dalam majlis tertutup, Dr Fie terima mas kahwin satu dinar emas

ARTIKEL BERKAITAN: Janda Nubhan kini tunang duda anak empat... “Bukan nak tunjuk pada bekas suami”

Menurutnya, suaminya itu tidak pernah menunjukkan rasa bosan walaupun perlu mengikut pelbagai arahan serta permintaan bagi mendapatkan hasil rakaman yang diinginkan.

"Terima kasih sebab kekal tenang dan sabar melayan berjam-jam sesi video dan photoshoot saya. Dari satu angle ke satu angle, dari satu video ke satu video yang lain, awak tetap layan.

"Dan paling saya hargai, terima kasih untuk saat-saat yang manis mengejutkan, awak memutar baju kahwin saya yang cantik itu.

Luahan hati Dr Fie kepada suami tersayang.

"Nampak macam simple tapi percayalah momen macam itu sangat bermakna untuk saya. Perkara-perkara kecil itu yang membuatkan semuanya terasa istimewa," ujarnya.

Tambah Dr Fie, Amrul juga merupakan individu yang sentiasa memberikan sokongan dalam setiap perkara sekali gus membuatkan perjalanan menuju alam rumah tangga lebih bermakna.

"Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ini tapi awak membuat seluruh perjalanan menjadi lebih manis.

Dr Fie dan Amrul bersama anak-anak. - Kredit foto thekhulafastudio.

"Terima kasih kerana menjadi penyokong terbesar saya, pasangan saya dalam semua pengembaraan kecil dan sekarang, suami saya. Saya sayang awak," kongsinya.

Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Amrul pada 1 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat selepas tiga bulan bertunang.

Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Lain