Suami perlu menjaga perasaan isteri dan menghargai pengorbanannya dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
URUSAN kewangan sering menjadi punca perselisihan faham dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila suami isteri mempunyai pandangan berbeza tentang perbelanjaan harian mahupun aktiviti riadah.Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya yang didakwa mempunyai simpanan sehingga ratusan ribu ringgit enggan mengeluarkan wang untuk percutian keluarga. Menerusi luahannya, wanita berkenaan mendakwa suaminya sering menganggap aktiviti percutian sebagai pembaziran, malah enggan mengeluarkan modal walaupun untuk perbelanjaan yang minimum. Saling memahami dan bertolak ansur penting agar tiada pasangan yang berasa terpinggir dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Normal ke kalau suami ada simpanan sampai beratus ribu ringgit tapi apabila saya ajak pergi makan angin atau menginap di hotel, dia kata membazir."Padahal tak sampai RM300 pun kalau menginap. Sebelum ni, suami pernah kata dekat saya, kalau pergi berjalan... pakai duit saya," ceritanya di Threads.Sebagai suri rumah yang menjaga anak-anak, wanita itu memulakan usaha menjana pendapatan sampingan menerusi program affiliate, namun hasilnya masih belum mencukupi untuk menampung impian berkenaan.Justeru, dia berharap usahanya membuahkan hasil agar dapat menikmati kehidupan tanpa perlu bergantung kepada ihsan suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”"Saya ni suri rumah je, jaga anak-anak dekat rumah. Nak harapkan duit hasil daripada buat affiliate, baru berapa puluh ringgit je saya dapat."Saya nak minta orang ramai doakan semoga usaha saya buat affiliate ni berjaya dan saya boleh pergi berjalan-jalan tanpa fikirkan duit orang lain," jelasnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads, dengan beberapa wanita turut berkongsi pengalaman berdepan pasangan didakwa terlalu berkira soal wang.Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang mendoakan agar wanita berkenaan dikurniakan rezeki yang lebih luas serta berpeluang menikmati kehidupan yang diimpikan.Suami didakwa mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit.Ajakan menginap di hotel bawah RM300 dianggap membazir.Isteri suri rumah terkilan suami enggan berbelanja untuk aktiviti bersama.Pendapatan affiliate masih kecil, wanita berharap usahanya membuahkan hasil.Netizen berkongsi pengalaman dan menasihati pasangan supaya tidak terlalu berkira.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sabar sahajalah dapat suami kedekut. Tak normal sebenarnya lelaki berperangai macam tu... suami saya tak ada duit pun tetap ada keinginan nak bawa berjalan-jalan."Saya yang kena minta dia bersabar sebab saya yang pegang akaun dia, jadi saya tahu berapa baki duit yang ada."Tak baik berkira dengan anak isteri. Dia tak tahu lagi banyak dia memberi, lagi banyak Allah gantikan semula rezeki dia," komen beberapa netizen.