suria

“Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!

Seorang suami perlu menjaga hati isteri dan ibunya sendiri pada masa sama. -Gambar hiasan AI

ISU suami kedekut bukan perkara baharu, namun kisah yang dikongsikan seorang wanita tentang rakan sepejabatnya benar-benar mencetuskan rasa geram dalam kalangan netizen.

Menurut perkongsian itu, rakannya hanya menerima duit belanja dapur sebanyak RM300 sebulan sedangkan si suami memperuntukan RM1,000 untuk ibunya.

Lebih menyedihkan, si suami juga enggan berkongsi bayaran tuisyen anak mereka kerana beranggapan ia adalah keputusan isterinya.

Suami bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah kepada isteri. -Gambar hiasan AI

"Kalau kawan saya bawa anak makan sedap sikit, dia kena pesan jangan bagitahu baba (ayah). Dia risau nanti suami tahu dia ada duit.

"Kalau suami tanya tentang gaji, dia cakap basic je. Tak bagitahu berapa komisyen dia dapat.

"Selain masalah betina (orang ketiga dalam hubungan), kedekut dengan anak bini pun masalah besar juga ya," ujar pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat gaji pertama, mak minta semua! Lepas 32 tahun baru wanita ini faham erti berkat - “Saya ingat benda ni dongeng”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bercuti pun jadi isu! Wanita bengang bapa saudara ‘kepochi’ kongsi status WhatsApp mak dalam grup keluarga, siap selit sindiran

Tambah wanita itu, apa yang lebih menyakitkan ialah si isteri yang menanggung segala perbelanjaan rumah ketika suaminya jatuh sakit dan tidak bekerja selama setahun.

Namun selepas pulih dan kembali bekerja, dia tetap tidak mengutamakan keluarga.

"Boleh je bagi mak sendiri tu RM1,000 tiap bulan... nak hulur RM10,000 pun boleh. Tapi kena pastikan dulu anak bini semua cukup (keperluan).

  • Suami beri mak RM1,000 tapi duit dapur isteri cuma RM300.
  • Enggan kongsi bayaran tuisyen anak, isteri pula terpaksa berahsia bila belanja makan.
  • Masa suami sakit, isteri tanggung semua perbelanjaan rumah.
  • Bila naik gaji, suami tambah elaun mak, bukan belanja dapur.
  • Netizen geram, anggap lelaki pentingkan keluarga sendiri tapi berkira dengan isteri.

"Dulu suami dia pernah sakit, setahun juga tak kerja. Kawan saya yang tanggung semua tu. Apabila sudah sihat, dapat kerja balik... kedekut pula dengan bini.

"Baru ni naik tangga gaji, suami dia naikkan juga elaun mak sampai RM1,000 dan bukannya belanja dapur," cerita wanita itu lagi.

Hantaran dikongsikan ini mendapat perhatian warga maya yang turut tidak bersetuju dengan cara lelaki itu menguruskan perbelanjaan keluarga.

Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur marah dan simpati terhadap nasib kawan kepada pengadu tersebut.

Antara komen beberapa netizen pada hantaran asal.

"Apa punya kedekut suami dia tu. Kalau macam ni tolong la simpan duit gaji diam-diam. Sudah la bagi sikit, sibuk pula tanya gaji bini.

"Lelaki sekarang memang macam tu. Gaji besar tapi kedekut. Belanja dapur pun bagi cukup-cukup je takut bini makan sedap. Sebab itu la bini kena ada duit sendiri.

"Pengalaman sendiri, jadi suami kedekut dengan isteri, jadi bapa kedekut dengan anak-anak. Tapi dengan famili, adik-beradik, makcik pakcik dan sepupu sampai kawan pun dia pemurah sangat.

"Nak beli lauk untuk anak bini makan dekat rumah pun berkira, semoga Tuhan sempitkan rezeki lelaki macam tu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain