SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibu bapanya berterusan mendesak supaya dia bekerja walaupun sudah membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin.
Menurutnya, dia baru sahaja berhenti kerja sejak dua bulan lalu selepas berasa penat dan suaminya tidak pernah memaksa untuk mencari pekerjaan baharu.
"Saya dah kahwin tapi masih belum dikurniakan anak dan sekarang saya tak kerja.

Keputusan selepas berkahwin adalah hak masing-masing untuk mencorakkan kehidupan sendiri. -Gambar hiasan
"Saya rasa penat (untuk bekerja). Suami saya okey je dan dia pun tak paksa untuk saya cari kerja lain," luahnya dalam hantaran di Threads.
Namun wanita itu mengakui berasa tertekan kerana masih perlu berdepan paksaan daripada ibu bapanya.
"Ceritanya sekarang ni, ibu bapa saya yang teramat beria suruh saya cari kerja... tak setuju saya duduk dekat rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja dapat suami kerja 'gomen', ibu tunggal lepaskan kerjaya gaji lumayan! Derita lepas kahwin, tak merasa pegang not RM50
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bakal nikah... Tunang kerja 'gomen' beritahu tak kan beri duit belanja, cuma bagi nafkah wajib lepas kahwin
"Tapi sepanjang tak bekerja, saya tak minta pun duit dekat mak ayah. Namun masih kena paksa kerja. Walaupun dah kahwin tetap kena paksa dengan mak ayah... penatlah," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen berpendapat ibu bapanya mungkin berniat baik dan bimbang masa depan anak mereka.
"Mungkin mak ayah tak nak awak rasa rendah diri di masa hadapan. Awal-awal ni mungkin suami awak okey. Tapi keadaan selalunya tak okey.
- Wanita tertekan dipaksa kerja semula walau sudah berkahwin.
- Dia baru berhenti kerja dua bulan lalu kerana penat.
- Suami tak paksa, tapi ibu bapa beria suruh cari kerja baharu.
- Katanya, dia tak pernah minta duit mak ayah pun.
- Dia cuma mahu rehat dan stabilkan diri dulu.
"Bagi mak ayah awak, masa tak ada anak la untuk awak bekerja. Kalau dah ada anak, boleh jadi alasan kuat untuk awak bekerja.
"Mungkin juga sebab saya pun pernah alami sebelum ini. Tapi saya berlapang dada. Mereka fikir, apa yang mereka tekan tu untuk kebaikan awak," komen seorang netizen.
Membalas komen netizen, wanita ini memberitahu yang dia masih belum bersedia untuk kembali ke dalam dunia pekerjaan selepas berumah tangga.

Kebanyakan wanita lebih selesa untuk jadi suri rumah selepas berkahwin. -Gambar hiasan
"Kadang saya faham mereka peduli tapi cara mereka macam mendesak. Kalau ikutkan baru sebulan saya berhenti kerja.
"Berhenti pun sebab mental dan fizikal saya penat sangat. Tapi apabila kena paksa macam ni saya rasa mental jadi makin penat.
"Saya bukan tak nak kerja langsung cuma nak stabilkan diri dulu. Tapi mak ayah tak faham dan terus memaksa saya," demikian respons pengadu pada salah satu komen netizen.


