SEORANG lelaki meraih perhatian warga maya apabila mendedahkan dia kembali menjalin hubungan sejenis selepas lima tahun berumah tangga.
Dalam hantaran di X, lelaki itu berkata dia kembali terjebak dengan dosa lama selepas mengetahui kecurangan isterinya.
"Saya lelaki umur 38 tahun yang sudah berkahwin. Saya setia, tanggung segala perbelanjaan rumah. Tak pernah sekali pun curang atau 'makan luar'.

Suami perlu bersikap matang dalam menyelesaikan krisis rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Minggu lepas isteri kantoi 'makan luar'. Dia mengaku sunyi sebab aku sibuk. Dulu aku memang ada sejarah dengan lelaki. Tapi cuci tangan lepas kahwin, dah buang kisah silam.
"Hidup setia pada dia dan keluarga. Tapi sebab dia buat macam ni, aku frust. Entah mana silap, selepas lima tahun, aku install balik aplikasi 'topeng' tu," tulisnya.
Aplikasi 'topeng' merujuk kepada laman sembang dalam talian yang biasanya digunakan oleh golongan gay.
- Seorang suami tular selepas mengaku jalin hubungan sejenis.
- Dia akui setia sepanjang lima tahun perkahwinannya.
- Lelaki itu kembali melakukan dosa lama kerana kecewa dengan isteri.
- Ramai pelayar X menyelar tindakan lelaki itu.
Dalam hantaran sama, lelaki itu mendedahkan dia sudah terlanjur melakukan hubungan sejenis selepas kecewa dengan masalah rumah tanggannya.
"Aku jumpa seseorang (melalui aplikasi itu). Dia juga lelaki yang sudah kahwin dan ada anak. Aku tak tahu apa jadi, tapi kami buat (hubungan seks) dua kali.
"Setia aku dah tamat disebabkan perempuan. Abang sangat setia untuk lima tahun. Berjuang lawan nafsu sendiri, tak pernah curang dengan lelaki atau perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku biseksual, suka lepak dengan kawan sejenis... Isteri sabar sebab nafkah zahir batin ‘A’
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang anak sulung, suami mengaku terlanjur dengan bapa mentua! Nafsu gelora lepas cuci rumah sewa - “Dia puji saya seksi”
"Tapi kau hancurkan hati aku, kau buat aku lakukan benda yang dah lama aku tinggalkan. Kalau kita masih bersama (selepas ini), kau perlu tau hati aku tak akan pernah setia seperti dulu," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai pelayar X menyelar lelaki itu kerana bertindak tidak matang dalam menyelesaikan masalah rumah tangganya.
"Isteri kau memang teruk. Tapi, kau pun sama. Apabila bini makan luar, laki 'auto' makan luar pula?

Sikap buruk isteri tidak patut menjadi alasan untuk suami berlaku curang. -Gambar hiasan AI
"Ingat Tuhan bang. Kau sebenarnya dah lama nak terjun kat nafsu lama kan? Cuma sekarang baru ada point, jadi kau salahkan bini.
"Sebab tu orang selalu kata, kalau nak berubah niat kerana Allah, bukan kerana manusia," tulis netizen.
Sebagai peringatan, perbuatan zina dan menjalin hubungan sejenis adalah diharamkan dan semua umat Islam perlu menjauhinya.


