suria

Obses sangat dengan Jimin BTS! Pemuda ‘turn off’ kekasih bijak dan cantik terlalu minat K-pop, tak padan umur cecah 30 tahun

Segelintir peminat K-Pop sanggup berbelanja besar demi penyanyi atau kumpulan kegemaran mereka. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir wanita yang terlalu obses dengan penyanyi K-Pop mungkin menyebabkan mereka tidak disenangi kaum lelaki.

Di platform X, seorang individu membangkitkan persoalan itu sehingga dia menerima pelbagai jawapan daripada netizen.

"Nak tanya kaum lelaki, anda turn off tak dengan perempuan yang umur dah lebih 26 tahun, tapi obses penyanyi K-Pop.

Pasangan yang serasi biasanya memiliki minat dan hobi yang sama. -Gambar hiasan AI

"Antaranya (obses) dengan Jimin anggota kumpulan BTS tu. Macam hari-hari dia post status WhatsApp pasal Korea," tulis individu itu.

Susulan itu seorang pemuda di ruangan komen mendedahkan dia pernah bercinta dengan wanita yang obses dengan penyanyi Korea Selatan.

"Bekas teman wanita aku cantik dan bijak. Masa tu aku tak tahu dia 'gila' K-Pop. Mungkin sebab tu tak berjodoh. 

  • Seorang individu bangkit persoalan di X tentang wanita yang obses K-Pop.
  • Beberapa lelaki akui mereka kurang minat wanita yang obses penyanyi Korea.
  • Mereka dakwa wujud wanita yang berumur 30-an tapi masih minat K-Pop.
  • Netizen minta semua individu hormat minat masing-masing.

"Tengok sampai umur dah lewat 30-an dia masih rajin post status pasal Korea. Betullah, memang bikin turn off," tulis pemuda itu.

Beberapa lagi individu turut bersetuju dengan pandangan itu dan berharap kaum Hawa tidak terlalu obses dengan dunia K-Pop.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nikmatilah hobi ini” - Gila kumpul photocard artis K-Pop... orang lain kata membazir, pemuda ini cuma nampak ‘duit’

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja reda koleksi K-pop dibakar, faham bapa orang alim tak suka hiburan... Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah

"Apabila dah mula obses, semua benda jadi teruk. Elak obses dengan sesuatu perkara.

"Turn off gila. Aku ada kawan yang macam tu. Bukan tahap minat lagi dah... tapi taksub," tulis beberapa netizen.

Ramai lelaki turut meminati muzik K-Pop. -Gambar hiasan AI

Namun, beberapa pelayar X turut meluahkan rasa tidak setuju dan berharap semua individu dapat menghormati minat orang lain.

"Tiada yang salah atau betul. Kamu hanya kena cari pasangan yang sekufu dan ada mindset yang sama.

"Terpulang. Yang tak suka K-Pop memang akan turn off," tulis netizen lagi.

Artikel Lain