suria

Umur nak masuk ‘3 series’ tapi gaji masih RM2,500... Gadis baru putus cinta rasa gagal dalam hidup

Segelintir individu tertekan kerana gagal mencapai kejayaan seperti rakan-rakan sebaya mereka. -Gambar hiasan AI

SEIRING peningkatan usia, setiap orang pastinya mahu merealisasikan impian serta kemahuan mereka.

Di Thread, seorang wanita tular selepas meluahkan rasa sedih dengan pencapaiannya yang dianggap biasa pada usia lewat 20-an.

Selain gaji yang belum mencecah RM3,000, wanita itu juga dirundung malang apabila dia gagal dalam percintaan.

Ramai anak muda mengimpikan kerjaya yang bagus dengan pendapatan lumayan. -Gambar hiasan AI

"Betapa gagalnya aku rasa apabila umur dah nak masuk 27 tahun, tapi masih tercari-cari hala tuju kerjaya yang sesuai. Gaji masih tersekat RM2,500.

"Saya juga masih susah nak move on daripada si dia. Sedih patah hati. Manakala rakan sekelas saya semua dah kahwin, ada anak, kerja bagus dan gaji RM5,000 ke atas.

"Bukan tak bersyukur, tapi saya ketinggalan daripada semua segi," tulis wanita itu.

  • Gadis sedih terima gaji RM2,500 walaupun kini sudah berumur 27 tahun.
  • Dia juga rasa gagal dalam hidup kerana masih tidak mempunyai pasangan.
  • Dia membandingkan dirinya dengan rakan sebaya yang sudah memiliki gaji lebih RM5,000.
  • Ramai netizen beri nasihat supaya dia ubah corak pemikiran jika mahu berjaya.

Tambah pengadu lagi, sudah hampir empat tahun dia bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan.

Di ruangan komen, beberapa individu mengakui mereka juga sedang melalui fasa seperti wanita itu.

"Saya pun umur 27 tahun, tiada pasangan, gaji masih tersekat RM 1,700. Kadang rasa hilang arah tengok orang sekeliling dah capai impian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji RM7,000 kongsi sisi hitam flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk 40 gaji bawah 5K, staf ‘gomen’ kesal dulu tak ‘lompat’ kerja... Seronok lihat kawan-kawan swasta ‘masyuk’

"Saya pula umur 28 tahun tapi masih tiada kerja hakiki (tetap). Hanya freelancer. Ada hutang pengajian, simpanan bawah RM1,000, tiada pasangan dan masih jadi beban ibu bapa," tulis beberapa netizen.

Namun, ramai netizen turut meninggalkan komen berbentuk nasihat yang meminta wanita itu mengubah pemikirannya jika dia mahu berjaya.

Gaji rendah menyebabkan pekerja tertekan kerana kos sara hidup mereka yang semakin meningkat. -Gambar hiasan AI

"Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Ada yang nampak seperti sudah jauh ke depan, tapi hidup bukan perlumbaan.

"Musuh awak adalah diri sendiri. Awak bandingkan diri dengan orang lain. Awak perlu mula bersyukur dulu.

"Untuk bab pendapatan tu, cuba cari jalan untuk berniaga. Makan gaji memang lambat naik kecuali rajin 'lompat' syarikat," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain