SEGELINTIR pasangan suami isteri mengimpikan keluarga besar dengan kehadiran cahaya mata yang ramai.
Bagi mereka, rumah yang riuh dengan gelak tawa dan ragam anak-anak lebih menggembirakan.
Namun di sebalik kebahagiaan itu, tanggungjawab membesarkan ramai anak bukanlah perkara mudah, terutama daripada segi kewangan, pendidikan dan masa.

Memiliki anak yang ramai pasti membahagiakan sesebuah keluarga. -Gambar hiasan AI
Di Thread, seorang wanita menegur sikap segelintir pasangan yang memilih untuk memiliki anak ramai tanpa memikirkan kemampuan sebenar.
"Kepada orang Melayu, boleh tak berhenti 'buat' anak ramai? Dua, tiga orang cukuplah. Ini lima (orang) sampai sembilan orang," ujarnya ringkas.
Menurut wanita itu lagi, teguran tersebut ditujukan khas kepada lelaki yang tidak mengambil berat urusan rumah tangga mahupun perihal anak dan isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri ramai adik-beradik sepakat 2 anak dalam famili sendiri dah mencukupi - “Hidup makin mencabar”
ARTIKEL BERKAITAN: “Senang nak ajar anak” - Wanita miliki sarjana kejuruteraan pilih jadi suri rumah, puas hati cita-cita sejak sekolah tercapai
"Dapat pula suami jenis tak peduli kau sebagai isteri dan anak-anak.
"Pandai cakap anak tu rezeki tapi kau boleh ke jaga amanah tu dengan elok?
- Pasangan beranak ramai ditegur kerana tidak menilai kemampuan diri.
- Wanita gesa hadkan jumlah anak kepada dua atau tiga orang.
- Katanya, ada suami lepas tangan bab tanggungjawab dan kebajikan keluarga.
- Netizen setuju perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan.
- Ramai tekankan kepentingan pendidikan keibubapaan dan perancangan awal.
"Daripada segi tanggungjawab, pelajaran, makan pakai anak-anak tu," katanya lagi.
Baginya, tindakan melahirkan anak tanpa mempertimbangkan kemampuan boleh dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Antara reaksi netizen berhubung pandangannya.
Pandangannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai menegaskan perancangan keluarga penting demi kesejahteraan semua.
"Saya ada kenalan yang ada anak sampai lapan orang. Isteri kerja untuk bantu suami tapi anak-anak yang besar dipaksa pikul tanggungjawab jaga adik dan hal rumah.
"Sebab itu, perancangan dan pendidikan keibubapaan yang betul amat penting.
"Kerajaan kan ada, kalau susah nanti bolehlah minta bantuan," demikian reaksi netizen.


