suria

Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”

Tandas yang kotor boleh menyebabkan pelanggan kedai makan hilang selera. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Thread selepas membuat teguran terbuka mengenai tahap kebersihan di negeri Kelantan.

Menurut wanita itu, dia bukan sahaja kecewa melihat longgokan sampah, malah sedih dengan kebanyakan tandas awam yang terlalu kotor.

"Maaflah nak tegur sikit. Aku sedih betul tengok tempat-tempat dekat Kelantan sekarang, kenapa kotor sangat ya? 

Aktiviti menjelajah kafe dan restoran untuk mencuba makanan-makanan viral semakin popular dengan adanya media sosial. -Gambar hiasan AI

"Dekat pasar, tandas awam, kafe-kafe, kenapa terlalu kotor dan banyak sampah? Aku pergi negeri lain masih 'lalu' (berkeinginan) nak buang air di tandas awam," tulisnya.

Dalam hantaran sama, wanita yang berasal dari Kelantan itu turut berkongsi pengalaman buruknya ketika berkunjung ke sebuah kafe popular.

"Aku pergi kafe popular di Kelantan. Ya ampun, pekerja muka lawa-lawa tapi tak jaga tandas. 

  • Wanita tegur tahap kebersihan negeri Kelantan menerusi aplikasi Thread.
  • Kecewa lihat sampah serta keadaan tandas awam yang kotor.
  • Dia turut berkongsi pengalaman guna tandas kotor di sebuah kafe viral.
  • Beberapa lagi individu turut berkongsi perkara sama di ruangan komen.

"Kita balik Kelantan sebab rindu tapi spoil dengan benda macam ni," tulisnya.

Di ruangan komen, beberapa individu yang juga penduduk negeri Kelantan turut meluahkan rasa setuju dengan pandangan wanita itu.

"Saya orang Kelantan pun sangat jarang masuk tandas awam di mana-mana kecuali mall dan masjid yang saya yakin bersih. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kedai Kelantan, isteri lihat sendiri pelayan tersengih dan menggeletis layan suami! Patutlah hari-hari tapau sarapan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

"Saya orang Kelantan yang tinggal di Kelantan bersetuju dengan posting ini. Memang sesetengah orang Kelantan ni pengotor sangat.

"Saya pun orang Kelantan tapi lama menetap di negeri luar. Sesekali balik rumah adik-beradik, sama macam tandas awam. Kenapa la malas sangat nak sental," tulis beberapa netizen.

Suasana menarik dan pemandangan yang indah menjadi daya tarikan bagi sesebuah restoran yang tular. -Gambar hiasan AI

Beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan tandas di kedai-kedai yang tular negeri itu.

"Saya sangat terkejut masa pergi makan di kedai nasi berlauk yang popular. Dua-dua kedai ada nama, rami beratur. Tapi dua-dua tandas out.

"Saya pernah juga pergi kedai nasi berlauk popular tu. Kali pertama guna tandas memang terkejut. Air laju tapi sangat kotor," tulis netizen lagi.

Artikel Lain