INDIVIDU narsistik bukan sahaja mampu memanipulasi situasi untuk kepentingan peribadi, malah boleh mempengaruhi orang sekeliling agar percaya bahawa dialah mangsa dalam sesebuah perhubungan.
Menurut seorang wanita, dia yakin kenalan lelakinya yang dikenali sebagai 'Mr A' berperwatakan narsistik apabila sering mendakwa bekas isterinya adalah punca rumah tangga mereka retak di tengah jalan.
Buktinya Mr A sanggup menganjurkan acara makan-makan dan menjemput kenalan rapat dia dan bekas isteri bagi menyebarkan 'dakyah' dan keburukan wanita itu.

Melayan lelaki narsistik boleh memberi tekanan kepada diri. -Gambar hiasan AI
"Tak sampai setahun (bercerai), Mr A dah kenal dengan perempuan lain. Kemudian dia sengaja buat makan-makan panggil famili dan kawan-kawan.
"Tapi kawan-kawan yang hadir tu, kawan bekas isteri dia dulu juga. Kemudian mereka yang hadir buat posting Instagram story serta kongsi di status WhatsApp juga," katanya menceritakan apa yang berlaku.
Bagaikan di jangka, ketika acara makan-makan berlangsung salah seorang daripada rakan-rakan itu memberitahu bahawa bekas isteri kepada Mr A menonton Instagram Story mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah wanita narsistik, suami rasa sia-sia masuk universiti... Dakwa diri teraniaya, isteri bijak putar belit cerita sampai jadi kes polis
ARTIKEL BERKAITAN: Semak tanda-tanda narsisistik! Anda atau pasangan mungkin seorang narsisis tanpa sedar
Perkara itu membuatkan Mr A gembira kerana umpannya sudah mengena.
Lebih menambah keseronokan apabila rakan-rakan lain berpandangan kononnya bekas isterinya masih belum 'move on'.
"Muka Mr A senyum je sambil jawab... biarlah dia tengok, dah bawa hidup masing-masing. Kemudian seorang lagi kawan pula menambah 'rencah' dengan berkata... tak move on ke sebab masih tengok story berkaitan bekas suami?
"Untung bakal (isteri) kau sekarang... ayu dan sopan santun. Kekasih dia 'senyum kambing' tersipu malu apabila dengar kawan-kawan puji. Saya terus terfikir kenapa kawan saya macam sengaja menyakitkan hati orang?
- Lelaki narsistik didakwa pandai manipulasi dan berpura-pura jadi mangsa lepas bercerai.
- Tak sampai setahun cerai, dia dah kenal wanita baharu dan buat majlis makan-makan.
- Bekas isteri dikatakan belum ‘move on’ lepas tengok story majlis tu.
- Lelaki itu senyum bangga bila rakan-rakan kutuk bekas isterinya.
- Netizen kecam sikap narsistik dan rakan-rakan yang batu api.
"Semua orang kutuk bekas isteri dia. Mr A boleh senyum bangga. Bekas isteri dia yang dipersalahkan dan jadi bahan bualan... kononnya dia isteri yang tak bersyukur," jelasnya.
Perkongsian wanita itu mengundang rasa kurang senang warga maya yang turut tidak bersetuju dengan sikap lelaki berkenaan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan meninggalkan komen 'pedas' terhadap Mr A yang dianggap narsistik.
"Kumpulan kawan-kawan dia pun jenis bermasalah dah sokong apa dia buat. Hanya maut dapat menginsafkan.

Antara komen netizen pada hantaran asal.
"Takkan la orang tengok Instagram Story je dah dianggap tak move on? Dia pun tak tahu orang tu pergi majlis bekas suami dia. Sebenarnya kawan dia yang batu api kan.
"Narsistik ni orangnya nampak baik je depan kawan-kawan dan orang luar. Tapi dengan keluarga dan pasangan sendiri macam syaitan. Saya tahu sebab boleh rasa.
"Sampai satu tahap, apa saja orang macam tu cakap saya dah tak percaya. Dia memang cukup sempurna sebagai seorang yang pandai memanipulasi," komen beberapa netizen.


