suria

“Selagi tak merangkak, aku kena drive” - Wanita menangis sendirian, dipaksa jadi pemandu tanpa gaji... Suami di sebelah sibuk main game!

Sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk memandu kereta berbanding isteri jika tiada halangan. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua wanita bernasib baik dan mempunyai pasangan ringan tulang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga.

Adu seorang wanita, dia begitu penat apabila terpaksa menjadi pemandu untuk ke ke mana sahaja meskipun suaminya turut mempunyai lesen memandu.

"Suami aku reti je bawa kereta tapi tak cekap. Setiap hari memang aku la yang kena pandu kereta ke mana-mana sahaja.

Suami isteri perlu berbincang sebarang masalah atau hal yang terbuku di hati. -Gambar hiasan AI

"Walaupun aku tak sihat, aku juga yang drive. Suami aku duduk sebelah je main game (permainan video).

"Kalau aku penat macam mana pun, aku tetap kena pandu kereta. Kata suami, selagi isteri tak merangkak penat, aku masih boleh buat (memandu)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual kereta, isteri terkilan saudara mara beli dengan jurujual lain... Ramai mengaku takkan beli daripada orang dikenali

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jerkah isteri sebelum pergi pasar, ‘triggered’ lepas dibebel pandu kereta melulu! - “Mulut aku bising, dia suruh diam”

Tambah wanita itu, dek kerana sikap lepas tangan suami dia kini lebih selesa keluar seorang diri berbanding berteman kerana tidak mahu memendam rasa.

"Sekarang ni aku diam dan pandu kereta sendiri. Kadang menangis sendiri apabila kepenatan. Aku jarang dah ajak suami ke mana-mana.

"Sebab bagi aku lebih baik pergi seorang diri daripada ditemani suami di sebelah (tak memandu). Aku penat," luahnya lagi.

  • Wanita penat terpaksa memandu ke mana sahaja walau suami tahu memandu.
  • Suami hanya duduk main game, isteri tetap pandu walau tak sihat.
  • Katanya, suami anggap selagi tak merangkak kepenatan, isteri masih boleh buat kerja.
  • Isteri kini lebih rela keluar seorang diri kerana kecewa.
  • Netizen simpati, anggap tugas memandu sepatutnya tanggungjawab suami.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai di media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dengan nasib wanita itu yang mempunyai suami berperangai sedemikian.

"Jarang lelaki tak pandai pandu kereta. Tak ada hati ke nak belajar? Susah untuk lelaki fokus dekat sebelah kalau isteri memandu.

Sebahagian komen netizen.

"Teruk sangat kalau lelaki jadi suami yang macam tu kak. Selalunya si suami yang akan penat demi keluarga. 

"Biasanya kira reda je isteri tidur dekat sebelah dan sangka baik mungkin sebab dia penat. Padahal kita sebagai suami ni dah koyak (penat) nak memandu.

"Sebenarnya tanggungjawab memandu kereta ni bagi saya adalah tanggungjawab suami. Memang kalau boleh tak nak isteri yang memandu sebab naluri tu memang macam tu," komen beberapa netizen dipercayai dalam kalangan suami.

Artikel Lain