suria

Suami jerkah isteri sebelum pergi pasar, ‘triggered’ lepas dibebel pandu kereta melulu! - “Mulut aku bising, dia suruh diam”

Isteri pastinya terluka jika suami suka meninggikan suara. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR lelaki mungkin memiliki ego yang tinggi dan tidak suka wanita menegur cara pemanduan mereka.

Di platform X, seorang wanita berkongsi kisah dia dimarahi suami selepas menegur cara pemanduan lelaki itu yang dianggap melulu.

"Kami pergi ke pasar pagi. Masa nak masuk parking, suami aku bawa kereta melulu tak reti nak sabar.

Peoples was seen using the single use plastic bags while buying groceries at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Suami isteri biasanya akan ke pasar pada hujung minggu. -Gambar hiasan

"Dah nampak ada seorang pakcik tu tengah adjust kereta nak masuk parking, tapi suami aku kalut juga nak ikut masuk parking satu lagi. Jadi berbelit dua kereta di situ.

"Aku geram, aku suruh sabar, biar pakcik tu settle dulu. Lepas tu suami jerkah aku. Dia suruh diam sebab mulut aku bising," kongsi wanita itu.

Ekoran kejadian itu, dia hilang semangat untuk membeli barang basah, lantas mengajak suaminya terus pulang ke rumah.

  • Isteri kongsi cerita kena jerkah dengan suami ketika pergi ke pasar.
  • Suami naik angin selepas cara pemanduannya ditegur isteri.
  • Akhirnya pasangan itu pulang ke rumah dengan tangan kosong.
  • Netizen nasihat kaum Hawa agar tidak membebel ketika lelaki sedang memandu.

Lebih mengecewakan, wanita itu berkata suaminya juga langsung tidak memujuk atau memohon maaf kepadanya.

"Aku cakap tak nak turun, nak balik. Terus dia pun turutkan dan kami balik. Tak pujuk pun. Tak beli apa-apa makanan pun. Lauk kat rumah dah licin," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah-marah sayang... Wanita ini masih masak untuk bekas suami, tak sampai hati tengok jodoh 13 tahun terabai makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Niat baik, lelaki tak sangka isteri mengamuk lepas bantu jiran kecil molek angkat beras... Mahu layanan sama walau 'berdaya' buat kerja berat

Di ruangan komen, segelintir netizen beranggapan suami wanita itu mungkin hilang sabar kerana tidak tahan dengan mulut isterinya.

"Orang lelaki ni cepat baran kalau kau asyik bising.

ipapasar160817 15... Fish trader Lee Kui Fong at his stall at the Gunung Rapat market.

Pelanggan boleh mendapatkan ikan-ikan segar di pasar basah. -Gambar hiasan

"Lain kali kalau orang tengah memandu, kau duduk sebelah diam je, jangan banyak bunyi.

"Cuba ingat balik dari semalam sampai ke parking tu, kau ada bebel apa-apa ke?

"Ini perempuan jenis kuat melantun. Selagi boleh menjawab, dia jawab," tulis netizen.

Artikel Lain