SEORANG lelaki berkongsi kisah lucu apabila dia bergaduh dengan isterinya pada awal pagi hanya kerana menolong jiran wanita mengangkat beras.
Menurut lelaki berkenaan, niatnya hanyalah untuk membantu jiran yang berbadan kecil itu kerana dia kelihatan tidak berdaya mengangkat beras.
Disebabkan beras yang dipikul jirannya itu jatuh, dia terus menghulurkan bantuan untuk membantu wanita tersebut.
Sikap terlalu cemburu dan buruk sangka boleh merosakkan sesebuah hubungan. -Gambar hiasan
"Pagi-pagi dah bergaduh dengan isteri disebabkan tolong isteri jiran angkatkan beras sampai depan pintu rumah.
"Bini jiran kecil molek tengok gaya pun tak larat. Bila dia angkat beras je jatuh, apa lagi, kita pun jadi hero la tolong,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri ‘tak jadi’ gembira, suami ‘nakal’ buat kereta baharu jiran bahan ‘prank’ - “Orang rumah OK tak tu?”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemburu suami ‘terlajak’ mesra dengan kakak ipar, siap jalan pegang tangan! Persoal umur dah 30 tahun tapi tak kahwin
Namun, tindakan spontan itu menyebabkan isterinya terasa hati dan mula mengungkit bahawa lelaki itu tidak pernah pula membantu dirinya mengangkat beras sebelum ini.
- Seorang lelaki kongsi kisah lucu apabila bergaduh dengan isteri selepas tolong jiran perempuan angkat beras ke depan rumah.
- Lelaki itu menjelaskan dia hanya mahu membantu kerana jirannya itu kecil molek orangnya.
- Namun, tindakannya membuat isteri terasa hati dan mengungkit bahawa suaminya tidak pernah menolongnya mengangkat beras sebelum ini.
- Lelaki itu berseloroh mengatakan isterinya tidak perlukan bantuan kerana berbadan ‘macam body builder’.
- Netizen terhibur dengan kisah tersebut namun ramai nasihat lelaki itu agar lebih menjaga hati isteri walaupun niatnya sekadar ingin membantu jiran.
“Macam mana aku nak tolong, kalau badan isteri dah macam body builder, dah terang-terang dia larat angkat,” katanya.
Perkongsian itu membuatkan netizen terhibur dengan rata-rata berpandangan bahawa lelaki berkenaan sengaja mengundang pergaduhan kerana perbuatan itu jelas menyebabkan isterinya cemburu.
Perselisihan faham lumrah kehidupan berumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Tak kisah la bini macam body builder ke kau angkat je la apa yang kau boleh angkat.
"Kau angkat beras bini jiran memang la dia mengamuk.
"Memang patut pun isteri marah. Isteri badan macam tu, kau pula jadi lembik.
"Tak baik tau, kuat mana pun isteri tu, dia tetap nak bermanja dengan awak je," antara komen netizen.


