suria

Wanita cemburu suami ‘terlajak’ mesra dengan kakak ipar, siap jalan pegang tangan! Persoal umur dah 30 tahun tapi tak kahwin

Hubungan adik-beradik tidak putus walaupun seseorang itu sudah berkahwin. -Gambar hiasan

RASA cemburu apabila melihat suami berbual dengan wanita lain adalah sesuatu yang normal bagi seorang isteri.

Namun di laman X, seorang wanita berkongsi kisah agak pelik apabila dia berasa cemburu terhadap kakak iparnya sendiri.

Jelasnya, dia kurang selesa melihat keakraban suami dan kakak iparnya yang dianggap berlebih-lebihan sejak awal perkahwinannya lagi.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI / The Star

Adik-beradik tetap mempunyai batas dan perlu menjaga tingkah laku masing-masing. -Gambar hiasan

"Masa awal-awal kahwin dulu, ibu mentua halau dia (kakak ipar) keluar dari bilik kami sebab mereka masih berborak waktu lewat malam.

"Masa saya dalam pantang, dia ajak suami saya mandi air terjun dengan kawan-kawannya. Mereka jalan depan saya sambil berpegangan tangan," imbasnya.

Menurut wanita itu, kini kakak iparnya juga sanggup datang ke rumahnya atas alasan mahu melepaskan perasaan rindu terhadap adik lelakinya itu.

  • Wanita tak selesa lihat hubungan rapat suami dan kakak ipar.
  • Dakwa sudah lihat keakraban itu sejak awal perkahwinannya.
  • Dia sangsi apabila suami padam perbualan WhatsApp dengan kakak ipar.
  • Ibu mentua pernah tegur tapi mereka tidak berubah.
  • Ramai netizen anggap wanita itu terlebih cemburu.

"Ni sanggup datang rumah saya sebab rindu suami saya. Tolonglah, usia dia dah awal 30-an. Sekarang ni dia sepatutnya dah kahwin.

"Suami saya bergurau rapat sangat, siap bertepuk tampar dengan kakaknya atas alasan dah lama tak jumpa.

"Mereka main game dari pukul 8 malam sampai 4 pagi. Ke saya ni terlebih cemburu? Tapi cara mereka bergurau tu saya rasa tak selesa," luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Adik benci tengok abang, kakak ipar bersantai di hari cuti... Ibu umur 70 tahun seharian dikerah jaga cucu

Selain hubungan yang terlebih mesra, wanita itu juga sangsi apabila suaminya kerap memadam perbualan dengan kakanya di WhatsApp.

"Perbualan WhatsApp suami saya dan kakaknya juga selalu dipadam. Ibu mentua macam malas nak layan mereka bergurau sebab terlalu over. Tegur gitu-gitu cakap dia dah ada bini," ujarnya.

Perkongsian kisah itu menerima pelbagai komen daripada pelayar X yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan wanita itu.

Photo: 123rf.com

Menantu sepatutnya bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik. -Gambar hiasan

"Dengan darah daging dia pun kau boleh cemburu? Tak boleh bayangkan kalau dengan orang lain.

"Normal je rasanya adik-beradik bertepuk-tampar. Tapi kalau bertepuk-tampar buntut masing-masing, tu bagi aku tak normal.

"Aku setiap malam main game dengan abang aku, kadang-kadang 24 jam kalau ada game baru. Bukan bertepuk-tampar lagi. Picit kaki, ketip kuku kaki," tulis netizen.

Artikel Lain