SITUASI di kaunter pembayaran sering kali menguji kesabaran, lebih-lebih lagi apabila barisan panjang dan kebanyakan pelanggan menggunakan kaedah pembayaran secara tunai.
Apabila diaju soalan sama ada mempunyai duit kecil atau tidak, pasti pelanggan akan cuba mencarinya terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan juruwang.
Turut melakukan perkara sama, ibu kepada dua anak ini namun dia terkejut apabila ditegur pula dengan nada sinis oleh seorang pelanggan wanita yang beratur di belakangnya.

Ramai yang gemar membeli belah pada hari cuti hujung minggu. -Gambar hiasan
"Pada suatu hari tu saya nak beli bahan untuk masak ayam rangup buat anak-anak. Memang jadi kebiasaan kalau pergi market tanpa suami, saya akan bayar tunai.
"Sampai giliran, ketika juruwang kira semua, kita pun masukkan barang dalam shopping bag sebab faham ramai lagi beratur.
"Masa masukkan barang, juruwang cakap total RM68.20. Saya bagi dia sekeping RM100, tapi dia tanya, ada 20 sen? Saya jawab ada," ujarnya berkongsi pengalaman di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah cashier pasar raya mesra semacam, rupanya taktik 'paw' pelanggan! Sebut 'CCTV' terus gelabah
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram 2 staf pasar raya bagi alasan paling biadab tak tolong isi barang dalam beg, rancak kutuk pelanggan lain
Bagi menyediakan 20 sen yang diminta, dia cuba mengorek bahagian dalam beg tangan yang dibawa.
Namun tiba-tiba, seorang wanita yang beratur di belakangnya mula bersuara dengan nada sinis... issshhh, nak kena cari 20 sen pula. Dia seolah-olah tidak berpuas hati.
Dakwa wanita ini, individu berkenaan yang beratur bersama anak remajanya hanya mahu membeli suku bahagian buah tembikai tetapi kelihatan terburu-buru untuk membayar.
- Wanita bawa dua anak ditegur sinis oleh pelanggan lain ketika cari duit syiling 20 sen di kaunter bayaran.
- Pelanggan terbabit, yang hanya beli suku tembikai, kelihatan terburu-buru dan tidak sabar.
- Wanita itu membalas dengan tegas: “Sorry, I don’t think you can do all this faster than I can.”
- Dia turut sindir supaya guna self-checkout kalau nak cepat, menyebabkan pelanggan berkenaan terdiam.
- Netizen sokong tindakannya, ramai kongsi pengalaman berdepan sikap tidak sabar di barisan pasar raya.
Dia yang tersentak dengan sikap tidak sabar pelanggan terbabit kemudiannya berpaling dan membalas teguran sinis berkenaan.
"Dia berdiri rapat sangat, gaya memang tak sabar nak bayar, kita pun terasa panas hati, panas telinga, dah la tengah juggle budak dua orang ni.
"Nak masukkan barang lagi. Maka kita pusing belakang dan berkata... sorry, but I don’t think you can do all this faster than I can.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
"Terus cakap London (bahasa Inggeris). Aku sambung bebel lagi sambil betulkan barang-barang dan pastikan anak aku dapat makan aiskrim yang dia pilih tadi," ujarnya.
Bukan itu sahaja, dia sempat menambah: “Lain kali, kalau rasa nak laju, boleh pergi self-checkout sana, kosong je.”
Susulan bebelannya itu, pelanggan terbabit akhirnya terdiam dan berlalu dengan wajah masam.
Malah dia mengakui rasa lega kerana dapat membalas sindiran berkenaan kerana baginya sikap tidak sensitif di tempat awam hanya akan menambah tekanan kepada orang lain.
“Dah tua-tua ni mulut saya laju (membalas). Jangan cari pasal dengan saya,” katanya berseloroh.
Kisah tersebut pantas mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya menyokong tindakannya, selain berkongsi pengalaman masing-masing berdepan ‘drama barisan’ di kaunter pasar raya.


