suria

Lelaki muda tak kreatif dalam bercinta, asyik tanya dah makan atau belum... Wanita usia 37 tahun rela membujang sampai tua

Setiap wanita berhak untuk memilih pasangan hidup mengikut kehendaknya. -Gambar hiasan

KERAP menerima soalan klise membuatkan wanita ini jemu apabila didekati lelaki muda berusia lingkungan 20-an yang mahu berkenalan dengannya.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu, pengalaman lalu bersama lelaki lebih muda membuatkan dia enggan mengulangi 'episod sama' dalam hubungan seterusnya. 

Dia menegaskan bahawa perbezaan usia sering menjadi punca hubungan tidak seimbang dan akhirnya berakhir dengan kekecewaan.

"Bukanlah tak nak kenal orang baru. Tapi ketahuilah, aku dah umur 37 tahun. Tahun depan 38. Yang datang tegur semua umur 26 hingga 29.

Ambil masa sebaik mungkin sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. -Gambar hiasan

"Aku dah ada pengalaman (bercinta) dengan yang muda enam tahun. Tak sanggup dah nak meredah kembali zaman tu," tulisnya.

Katanya lagi, dia juga kurang selesa apabila ada lelaki yang menggunakan ayat-ayat klise seperti mengingatkan soal makan.

Baginya langkah sedemikian tidak menarik minatnya untuk mengenali si lelaki dengan lebih dekat.

"Dia tanya... hi nak kenal boleh? Maaf sangat-sangat. Lepas tu tanya dah makan ke belum? Jangan lupa makan awak nanti sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak protes, marah ibu warga emas nak kahwin lagi... Tergamak tak balik raya - “Nak pergi KK pun kena naik teksi”

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun lalu kena jeling sebab bersanding tumpang pelamin orang, pasangan ini 'kahwin semula' buat majlis lebih gah

"Awak, saya dah berumur 37 tahun. Pakej (berbadan) gemuk dan pendek. Sudah tentu kalau lapar saya pergi cari makan sendiri," katanya berseloroh.

Bagaimanapun, hantaran itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan wanita tersebut terlalu memilih dan berfikiran sempit.

"Kalau mentaliti macam ni, sampai sudah la kau tak kahwin. Pasangan bercinta biasalah tanya dah makan ke belum, mandi belum, buat apa... tak pergi mana-mana ke.

"Orang muda ke tua ke kalau sayangkan pasangannya dia tetap akan cakap I love you. Kalau si jantan tak act of service (layan kehendak), kau cakap dia kayu pula," komen seorang netizen.

  • Wanita berusia menolak bercinta dengan lelaki muda selepas pengalaman lalu.
  • Dia berpendapat perbezaan umur menjadi punca hubungan tidak seimbang dan sukar bertahan.
  • Wanita itu turut jemu dengan soalan klise seperti 'dah makan ke belum' yang dianggap tidak ikhlas.
  • Hantarannya mengundang kecaman netizen yang menyifatkannya terlalu cerewet dan memilih.
  • Dia menjelaskan rela hidup solo kerana bahagia bukan bergantung kepada status perkahwinan.

Tidak berdiam diri, wanita itu sekali lagi membuat penjelasan membela diri dengan menjelaskan maksud sebenar tulisannya.

Dia menolak anggapan terlalu memilih, sebaliknya hanya menyuarakan pengalaman peribadi.

"Bukan la maksud jangan tanya dah makan ke belum, jangan lupa makan tau nanti sakit. Aduh. 

"Dah tahu belum makan lagi, cuba tanya nak makan sekali? Kalau jauh, nak makan apa-apa saya hantar guna e-hailing. Tapi kejap lagi mula la cakap kaki kikis pula," jelasnya lagi. 

Beberapa komen netizen di Threads.

Ujar wanita itu lagi, dia reda sekiranya ditakdirkan tidak berkahwin, malah mendoakan kebahagiaan mereka yang mengecamnya.

"Saya suarakan apa yang saya alami. Tapi kena marah pula.

"Tak apa la kalau memang ditakdirkan tak kahwin pun. Dah memang tu jalannya. Kenapa nak risau. Semoga yang marah saya tu berbahagia dunia akhirat," jelasnya.

Artikel Lain