PERBUATAN membuli dalam kalangan kanak-kanak harus dicegah daripada peringkat awal sebelum ia menjadi kebiasaan.
Jika dibiarkan, mereka akan menjadi lebih agresif dan terus mengulangi perbuatan tersebut terhadap orang lain.
Di Thread, seorang guru turut berkongsi cerita tentang muridnya yang sudah berkelakuan ganas pada usia cukup muda.

Kaki buli biasanya tidak serik selagi belum dikenakan hukuman. -Gambar hiasan
Menurut guru wanita itu, murid tersebut bukan sahaja membuli, malah turut bersikap biadab terhadap orang dewasa.
"Hari ini ada murid panggil aku 'cikgu babi' hanya sebab aku menegur jangan sakitkan orang. Dia murid Tahun 1.
"Tiga murid aku yang lain cedera sebab dia sengaja tolak dan pijak murid yang jatuh," dakwa guru itu.
- Guru dakwa dipanggil dengan gelaran 'babi' oleh seorang murid.
- Dakwanya, murid itu berang kerana ditegur jangan membuli.
- Murid itu juga tidak takut walaupun sudah ditegur.
- Murid itu didakwa menceritakan perkara tidak betul kepada ibunya.
- Akhirnya, guru itu pula yang disoal oleh ibu murid berkenaan.
Menurutnya lagi, murid itu juga tidak takut walaupun diugut untuk dibawa kepada guru disiplin.
Lebih teruk, dia mendakwa murid itu mengubah cerita dan menfitnahnya pula.
"Apabila aku kata nak lapor kepada ibu dia dan cikgu disiplin, murid tersebut suruh aku pukul dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli... Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan
ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni aku mati!” - Adik dalam bahaya sempat minta bantuan kakak, dakwa warden ‘pejam mata’ kes buli di asrama
"Dia kata tak apa, ibunya suruh pukul je kalau buat salah. Aku masih waras okey. Tapi aku kecewa.
"Apabila nak balik sekolah tadi, ibu dia WhatsApp gambar anak dia, tanya aku cakar ke? Fitnah apakah ini?" tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa risau terhadap generasi masa kini yang semakin biadab.

Ibu bapa perlu sentiasa menasihati anak-anak untuk menjaga tingkah laku mereka. -Gambar hiasan
Malah, ramai yang turut memberi saranan kepada guru itu agar bertegas dan mengambil tindakan ke atas murid berkenaan.
"Tahu tak kenapa murid jadi begitu? Sebab mak ayah. Lain kali cikgu bertegas je. Kalau perlu, ambil gambar sebagai bukti.
"Orang macam ni kita kena tegas. Saya pernah jumpa murid sebut babi. Saya suruh dia sebut banyak kali, jangan berhenti selagi saya tak puas hati. Akhir sekali menangis.
"Mungkin sekarang kena lapor terus kepada mak ayah walaupun perkara kecil. Biar mereka tahu betapa 'hodohnya' hasil didikan mereka," tulis netizen.


