suria

Wanita stres syarikat MNC amal peraturan pelik, dilarang minum kopi di meja kerja... Paling tak masuk akal, sisa makanan kena bawa balik!

Tidak dinafikan ada syarikat yang mengenakan peraturan ketat bertujuan untuk mengekalkan kebersihan. -Gambar hiasan

SETIAP tempat kerja atau syarikat semestinya mempunyai peraturan tersendiri.

Tetapi apabila peraturan itu keterlaluan serta tidak masuk akal hingga menyusahkan, ia boleh menjadi redflag yang besar untuk kakitangan.

Di laman Threads, seorang wanita mendedahkan beberapa peraturan mengarut di syarikat tempatnya bekerja, hingga membuatkan dia akhirnya 'angkat kaki'.

Antara peraturan yang dikongsi adalah, pekerja tidak dibenarkan membawa kopi ke meja kerja, dilarang duduk dengan kaki dilipat atas kerusi, serta tidak boleh membuka kasut ketika bekerja.

Suasana di tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan

"Selain tu pekerja tak boleh bergurau dengan bos dan dilarang melawan (arahan).

"Kena escalate sebab makan tengah hari seorang diri di meja, dan dilarang membuang sisa makanan dalam tong sampah pantry. (Sisa) kena bawa balik.

"Selain itu, mereka spotcheck tumbler ada air masak atau air manis," tulisnya pada hantaran tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ 24 jam sebab majikan buat gangguan seksual... HR, bini bos ‘pusing’ cerita - “Saya pula dituduh nakkan laki dia”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ lepas cuti bersalin, wanita teruk dimaki! Bos haramkan bonus dan gaji, ‘ditahan’ selagi tak dapat pengganti

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum memilih untuk berhenti, walaupun ia merupakan sebuah syarikat multinasional (MNC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

"Kalau nak rasa 'neraka', dipersilakan mohon. Saya masa hari pertama kerja terkejut dah sebab semua macam robot.

"Pukul 5.30 petang tepat semua bangun dan balik. Haritu saya siap awal dua minit, kena escalate," tulisnya lagi sambil menyifatkan pendiriannya meninggalkan syarikat tersebut sebagai keputusan yang tepat.

  • Seorang wanita dedah peraturan kerja yang pelik dan keterlaluan di tempat kerja lama hingga buat dia berhenti kerja.

  • Antaranya, pekerja dilarang bawa kopi ke meja, duduk bersila, buka kasut, bergurau dengan bos, dan buang sisa makanan di pantry.

  • Tumbler pekerja juga diperiksa untuk pastikan hanya bawa air kosong, bukan air manis.

  • Suasana kerja digambarkan seperti 'robot', dengan semua ikut waktu tepat dan terlalu tegas hingga kena tindakan jika balik awal dua minit.

  • Ramai netizen terkejut dan turut kongsi pengalaman redflag tempat kerja mereka di ruangan komen.

Di ruangan komen, warga maya menyuarakan rasa terkejut dengan peraturan pelik di syarikat lama wanita berkenaan.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing mengenai redflag di tempat kerja mereka.

Ramai yang gemar membawa bekal untuk menikmati waktu makan tengah hari bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan

"Mula masuk pantry dulu, bos baru restock makanan dan kebetulan ada dekat situ, saya terus buka biskut baru. Lepas dah makan, salah seorang senior pesan, kalau kau nak makan, kena senior 'rasmi' dulu.

"Tempat saya, susah cuti. Cuti sakit pun kena berpada-pada, tak boleh beli lunch jauh-jauh.

"Tak boleh buka kasut dan bersila dah cukup membuatkan saya 'ciao'," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain