suria

‘Resign’ lepas cuti bersalin, wanita teruk dimaki! Bos haramkan bonus dan gaji, ‘ditahan’ selagi tak dapat pengganti

Bonus diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun. -Gambar hiasan

SETIAP individu yang bergelar pekerja tidak akan dapat meramal apa bakal berlaku kepada diri dan kerjaya mereka.

Begitu jugalah dengan wanita ini yang sudah berkhidmat dengan sebuah syarikat selama tiga tahun.

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun menamatkan perkhidmatan di syarikat itu selepas cuti bersalin dan dibayar bonus pada awal tahun ini.

Kebanyakan wanita mengimpikan zuriat selepas berkahwin. -Gambar hiasan

"Habis je cuti bersalin, aku dah masuk pejabat kira-kira dua bulan dan aku ambil keputusan untuk berhenti kerja atas faktor kesihatan anak aku ni.

"Selepas je hantar surat resign, bos aku terus 'meletup' dan hentam (marah) aku tanpa tanya sebab kenapa nak resign," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru masuk kerja selepas bersalin anak sulung, wanita bengang bonus kena potong - “Bukan suka-suka nak cuti”

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”

Bukan sekadar marah, apa yang lebih mengejutkannya apabila majikannya turut mengeluarkan kata-kata kesat kerana keputusannya untuk berhenti kerja.

"Dia siap kata dia haramkan dan tak reda dengan bonus dan gaji. Berbuih mulutnya kata tak halalkan gaji 'berjalan' semasa cuti bersalin.

Cari pengganti bukan masalah awak. Itu masalah majikan awak.

NETIZEN

"Siap kata aku ni buat aniaya kat syarikat sebab aku nak resign selepas cuti bersalin," ujarnya yang menerima bonus sebanyak separuh sebulan gaji.

Menafikan dakwaan dirinya menganiaya majikan, wanita itu sebaliknya berasa tertekan disebabkan 'syarat' yang dikenakan terhadapnya kerana mahu berhenti kerja.

Seorang wanita meluahkan kekecewaannya. -Gambar hiasan

Dakwanya, majikan mengarahkan untuk dia terus berkhidmat sehingga mereka mendapat pekerja baharu untuk menggantikan kekosongan jawatannya itu.

"Sekarang ni aku kena hold dan 'terkandas' kat sini. Selagi tak dapat cari orang untuk ganti aku, selagi tu aku tak boleh berhenti.

"Siap haramkan duit gaji aku lagi. Bukan tu je, ramai orang cerita kat aku yang dia (bos) canang aku macam-macam.

"Kalau korang ada kat tempat aku, korang bagi muka untuk stay sampai dapat staf baharu atau korang berhenti je ikut notis yang korang hantar?" jelasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan majikannya itu kerana sebagai pekerja, seseorang itu mempunyai hak untuk berhenti kerja dengan notis pemberitahuan.

"Apa benda main haram ni? Cuti bersalin dan gaji adalah hak anda. Lapor kepada jabatan buruh (Jabatan Tenaga Kerja) kalau dia buat masalah. Awak ada hak untuk pergi terutama sebab awak mengutamakan kesihatan anak.

"Mungkin dari pihak majikan, dia rasa awak sepatutnya berhenti sebelum bersalin. Mesti dia rasa macam kena aniaya bila awak cuti bersalin dan tak datang kerja tapi dapat gaji penuh beserta bonus, tapi habis cuti nak berhenti. Rasanya kalau kita kat tempat bos pun kita rasa tak puas hati juga.

"Cari pengganti bukan masalah awak. Itu masalah majikan awak. Buka syarikat, benda-benda macam ni la kena hadap. Kena tanggung untung rugi, kena buat perjawatan baharu. Awak ada hak untuk resign... resign je ikut notis," antara komen netizen.

 

Artikel Lain