BENJOLAN yang muncul pada bahagian leher tidak boleh dipandang remeh kerana ia berkemungkinan menjadi petanda pembesaran kelenjar tiroid.Namun, ada juga individu yang membiarkannya begitu sahaja kerana benjolan tersebut tidak terasa sakit atau mengganggu rutin harian mereka. Gangguan pada kelenjar tiroid ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.Keadaannya juga berbeza, bermula daripada gangguan fungsi hormon hinggalah kemunculan benjolan atau kanser tiroid.“Benjolan di leher tidak semestinya kanser, mungkin ia sekadar tumor jinak," kata pakar bedah onkologi, Dr Diani Kartini. Pakar dari Hospital Pondok Indah, Jakarta, Indonesia itu menyarankan pesakit menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian ultrasound atau imbasan CT.Selain benjolan di leher, orang ramai juga perlu berwaspada jika suara menjadi serak tanpa sebab jelas dan tidak sembuh, sukar menelan, bernafas atau mengalami sakit pada bahagian leher.Benjolan pada leher berkemungkinan menjadi petanda pembesaran kelenjar tiroid. -Gambar hiasan AIJika mengalami satu atau beberapa tanda tersebut, segera dapatkan pemeriksaan doktor.Menurut Dr Diani, terdapat tiga faktor yang meningkatkan risiko kanser tiroid iaitu pendedahan radiasi pada bahagian kepala dan leher, faktor keturunan serta kekurangan iodin.“Pendedahan radiasi ini contohnya pernah menjalani rawatan perubatan ketika kecil dan kesannya boleh muncul sehingga 20 tahun selepas terdedah kepada radiasi,” jelasnya.Semakin awal kanser dikesan, semakin tinggi peluang untuk sembuh. Malah, kanser tiroid mempunyai kadar harapan hidup yang lebih baik berbanding banyak jenis kanser lain.“Kira-kira 90 peratus adalah jenis kanser tiroid papilari dan folikular, dan kadar kesembuhannya sangat baik jika dirawat dengan cepat dan tepat,” katanya.Pengesanan awalPengesanan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa, sebab itu sebarang gejala luar biasa pada tubuh tidak boleh diabaikan.Dalam kes kanser tiroid, Dr Diani berkata pemeriksaan sendiri juga boleh dilakukan dengan memeriksa sama ada terdapat benjolan pada leher.“Sama seperti kanser payudara yang memerlukan pemeriksaan sendiri, kita juga perlu memeriksa benjolan di leher,” katanya lagi. -Agensi