PERKAHWINAN bukan sekadar penyatuan jiwa yang bercita, sebaliknya turut menghubungkan dua buah keluarga mnnjadi satu ikatan yang besar.Oleh itu sangat penting untuk kita memahami latar belakang dan sikap keluarga bakal mentua supaya tidak timbul konflik selepas berkahwin.Menerusi perkongsian seorang wanita, salah satu langkah awal yang paling berkesan untuk menilai perkara ini adalah dengan melakukan kunjungan atau melawat rumah bakal mentua.Jelasnya, pemerhatian yang dibuat sepanjang kunjungan tersebut sebenarnya boleh membantu seseorang membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hubungan ke fasa seterusnya atau berundur awal."Masa berkenalan, cuba perhatikan keadaan rumah bakal mentua. Jika rumah dipenuhi sampah, banyak barang tak tersusun atau tandas dipenuhi benda tak sepatutnya, sebaiknya fikir dua kali. "Boleh berbincang dengan pasangan. Bila dah kahwin nanti, tak kira rumah mentua jauh atau dekat, kita tetap perlu meluangkan masa beberapa hari di sana setiap tahun, contohnya ketika raya. Menantu pastinya tidak selesa jika perlu bermalam di rumah mentua yang pengotor. -Gambar hiasan AI"Jadi bayangkan jika terpaksa berdepan keadaan tandas yang berkerak, rumah berbau kucing atau tidur dalam keadaan berselerak," ujarnya menerusi Threads.Menurut wanita itu, keadaan rumah keluarga pasangan juga sedikit sebanyak boleh mencerminkan sikap dan tabiat anak mereka apabila sudah dewasa."Ada kemungkinan anak mereka (pasangan kita) turut membawa tabiat sama seperti suka menyimpan pelbagai barang hingga rumah menjadi sesak dan bersepah. "Barang rosak pula sukar dibuang, malah gemar mengutip barang dari pelbagai tempat tetapi akhirnya tidak digunakan."Keadaan itu memenatkan. Apabila kita mengemas dan buang barang, pasangan mungkin akan bawa masuk barang lain semula sampai rumah kembali berselerak," katanya lagi.Perkara seperti ini mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya boleh membantu kita mengelakkan masalah pada masa depan. Ia memberi ruang untuk kita menilai lebih awal sama ada pasangan dan juga keluarganya mempunyai cara hidup yang sesuai dengan kita atau tidak.Sekurang kurangnya, kita dapat mengelakkan situasi tidak selesa seperti berdepan pasangan atau keluarga mentua yang mempunyai tabiat pengotor yang sukar diubah selepas berkahwin.