EKZEMA bukan sahaja dialami kanak-kanak, malah ramai golongan dewasa turut berdepan masalah kulit gatal, kering dan kemerahan sehingga mengganggu rutin harian mereka.Ada ibu bapa yang risau melihat anak menggaru tanpa henti sehingga sanggup berhabis wang membeli pelbagai jenis krim dan mendapatkan rawatan, namun masalah itu tetap berulang. Menurut Pakar Perunding Dermatologi di Klinik Pakar Kulit Hospital An-Nur Bangi, Dr Ummu Aiman Faisal, ramai individu sebenarnya membuat kesilapan tanpa sedar dalam rutin harian mereka.1. Fobia terhadap krim steroid Ramai ibu bapa terlalu takut menggunakan krim steroid kerana mitos di internet sehingga membiarkan keradangan anak merebak. Steroid topikal yang dipreskripsi dan dipantau oleh doktor pakar adalah sangat selamat dan perlu untuk menghentikan keradangan akut.2. Menyapu pelembap (moisturizer) hanya bila kulit keringPelembap bukan sekadar ubat sapu, sebaliknya ia adalah 'perisai' kulit. Pesakit eksema mempunyai penghalang kulit (skin barrier) yang rosak. Jadi, mereka perlu menyapu pelembap dengan kerap (dua hingga empat kali sehari) walaupun kulit kelihatan normal untuk mengelakkan serangan (flare-up).Orang dewasa juga boleh mengalami ekzema. -Gambar hiasan AI3. Bergantung pada penawar 'organik' yang tidak terbuktiHanya kerana dilabel 'semula jadi' tidak bermakna ia selamat untuk ekzema. Penggunaan bahan yang kuat secara semberono boleh merengsakan kulit dan mencetuskan tindak balas alergi yang teruk.4. Mandi air terlalu panas dan lamaAir panas merosakkan minyak semula jadi pada kulit. Pakar menyarankan mandi menggunakan air suam kuku selama lima hingga 10 minit sahaja, diikuti dengan sapuan pelembap dalam masa tiga minit selepas mengeringkan badan (The 3-Minute Rule).5. Melengahkan perjumpaan dengan pakar dermatologiKlinik biasa (GP) mungkin hanya merawat simptom luaran sementara. Jika ekzema anda tidak bertambah baik selepas dua minggu, ia memerlukan penilaian dari Klinik Pakar Kulit Eczema. Pakar boleh menawarkan rawatan moden seperti Wet Wrap Therapy, ubat Imunosupresan, atau rawatan Biologi yang jauh lebih efektif.