suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebar maklumat salah demi kejar untung, kajian dedah ramai influencer kesihatan tak boleh ‘pakai’

Segelintir pempengaruh menggunakan media sosial untuk mengaut keuntungan semata-mata. -Gambar hiasan AI

DENGAN jumlah pengikut yang ramai, pempengaruh dilihat mampu mempengaruhi pilihan serta keputusan pengguna hanya menerusi satu video yang tular di internet.

Namun sebagai penonton, masyarakat perlu lebih berhati-hati sebelum mempercayai nasihat atau produk yang dipromosikan, terutama apabila melibatkan aspek kesihatan.

Hari ini terdapat ramai influencer kesihatan di internet yang mempromosikan gaya hidup sihat.

Walaupun berkongsi nasihat baik, ada juga yang menggunakan pengaruh mereka untuk menghasilkan kandungan ‘clickbait’ demi meraih pendapatan.

Akibatnya, ramai pengguna mempercayai bulat-bulat nasihat yang dipromosikan influencer sehingga terpedaya membeli suplemen atau ubat tertentu.

Produk yang dipromosikan pempengaruh belum tentu selamat untuk digunakan. -Gambar hiasan AI

Kajian berkaitan

Menurut laporan Pew Research Center bertajuk Trust in Health and Wellness Influencers, kira kira seorang daripada 10 orang dewasa mendapatkan maklumat kesihatan daripada media sosial.

Seperti dijelaskan Courtney Babilya, seorang pakar senaman perubatan bertauliah, kebanyakan influencer kesihatan tidak menyenaraikan diri mereka sebagai golongan profesional.

"Seseorang baru melahirkan anak, tiba-tiba sudah menjadi jurulatih kehamilan.

“Kita perlu berhati-hati dengan individu yang hanya mempunyai pengalaman dalam satu perkara tetapi terus menggelarkan diri mereka sebagai coach," ujarnya.

Laporan 2024 bertajuk Medical misinformation on social media—are the platforms equipped to be the judge? pula menyatakan media sosial kini menjadi tempat pertama yang dirujuk apabila seseorang mempunyai persoalan mengenai topik kesihatan.

Menurut laporan YouTube, video berkaitan kesihatan ditonton lebih tiga bilion kali di platform itu di United Kingdom.

Satu lagi kajian membimbangkan yang diterbitkan dalam JAMA Network Open dan menganalisis sekitar 100 hantaran Instagram serta TikTok mendapati kebanyakannya mempromosikan ujian kesihatan kontroversi. 

Kajian itu mendapati sekitar 87.1 peratus hantaran hanya menyebut manfaat ujian tersebut, manakala kurang 15 peratus menyatakan risikonya dan hanya sekitar enam peratus menyentuh isu diagnosis berlebihan atau penggunaan berlebihan.

Kajian itu turut mendapati sekitar 83.8 peratus hantaran menggunakan nada promosi, manakala 50.7 peratus daripadanya secara langsung menggalakkan penonton menjalani ujian tersebut, dengan kira kira 68 peratus influencer memperoleh keuntungan daripada kandungan berkenaan.

Masalah sebenar bukan sekadar penyebaran maklumat salah, tetapi juga sejauh mana kandungan palsu dikongsi secara meluas di media sosial sehingga sampai kepada pengguna yang tidak memahami risiko mengikuti nasihat tersebut.

Jadi sebagai penonton atau pengikut, kita tidak boleh meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada influencer apabila melibatkan isu kesihatan.

Sebaliknya, rujuklah doktor atau mereka yang pakar jika anda mempunyai sebarang persoalan atau berdepan dengan masalah kesihatan.

Artikel Lain