Kanak-kanak tetap boleh mengalami dehidrasi walaupun mereka tidur dalam bilik yang sejuk. -Gambar hiasan AI
CUACA panas ekstrem ketika fenomena El Nino menyebabkan ramai menggunakan pendingin hawa atau aircond pada waktu malam agar dapat tidur dengan selesa.Namun Ikatan Dokter Anak Indonesia (IDAI) mengingatkan keadaan itu juga boleh menyebabkan kanak-kanak lebih mudah mengalami kekurangan air dalam badan jika tidak diimbangi dengan pengambilan cecair mencukupi. Ketua Pasukan Petugas Kesihatan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim IDAI, Dr. Darmawan Budi Setyanto berkata, suhu panas ketika El Nino membuatkan tubuh kanak-kanak lebih cepat kehilangan cecair termasuk ketika berada dalam bilik yang dilengkapi pendingin hawa.“Kanak-kanak lebih berisiko mengalami dehidrasi kerana sistem kawalan cecair dalam tubuh mereka belum sebaik orang dewasa,” katanya.Menurutnya, penggunaan aircond sebenarnya tidak dilarang, namun ibu bapa perlu memastikan keperluan cecair anak tetap mencukupi sepanjang cuaca panas.Cuaca panas boleh menyebabkan dehidrasi serta strok haba. -Gambar hiasanDarmawan menjelaskan, ramai ibu bapa menyangka risiko dehidrasi hanya berlaku ketika anak bermain di luar rumah sewaktu cuaca panas terik. Hakikatnya, tubuh kanak kanak tetap kehilangan cecair ketika tidur terutama jika suhu persekitaran panas dan mereka kurang minum air sepanjang hari.“Kadang-kadang anak nampak seperti biasa, tetapi sebenarnya cecair dalam tubuh mereka sudah berkurangan,” katanya.Jelasnya lagi, keadaan itu perlu diberi perhatian kerana kanak-kanak selalunya belum mampu mengenali rasa haus dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Perokok Lebih Berisiko Terkena Strok HabaARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu tentang 4 penyakit cuaca panas, boleh bawa maut jika dibiarkan tanpa rawatanAkibatnya, tanda awal dehidrasi sering lambat disedari ibu bapa.Sementara itu, Ketua Pengurus Pusat IDAI, Dr Piprim Basarah Yanuarso berkata, ibu bapa perlu mengenali tanda awal dehidrasi ketika cuaca panas melampau.Menurutnya, kanak-kanak yang mula kekurangan air biasanya kelihatan lebih lesu, bibir kering, mudah mengantuk atau kencing lebih sedikit daripada biasa. “Jika anak sudah kelihatan terlalu lemah atau sukar minum, jangan tangguh untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya.Dia turut menjelaskan dehidrasi yang tidak dirawat segera boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan lain termasuk keletihan akibat haba dan strok haba. -Agensi