BAGI mereka yang sering memasak, terkena percikan minyak panas bukanlah satu perkara yang pelik.Malah kebanyakan masanya, mereka sudah tahu cara merawat luka melecur itu tanpa ke hospital jika tidak teruk. Malah ada mengamalkan pelbagai petua tradisional untuk meredakan kesan pedih terkena minyak serta mengelak parut.Bagaimanapun menurut Mayo Clinic, terdapat tiga perkara yang perlu dielakkan ketika merawat luka melecur bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.1. Jangan gunakan air sejuk untuk menyejukkan luka melecur kerana ia boleh menyebabkan kecederaan menjadi lebih teruk.2. Jangan sapu mentega, ubat gigi atau minyak pada bahagian yang melecur kerana bahan ini boleh memerangkap haba, menyebabkan iritasi dan memburukkan keadaan luka.3. Jangan pecahkan gelembung (blister) kerana ia berfungsi melindungi lecur daripada jangkitan. Jika gelembung tersebut pecah, bersihkan dengan lembut menggunakan air dan sapukan antibiotik yang boleh didapati tanpa preskripsi.Namun, jika luka melecur yang dialami adalah dalam atau serius, anda mungkin memerlukan rawatan lanjut daripada doktor.