RAMAI ibu bapa cenderung melihat anak mereka sebagai si kecil yang comel, seolah-olah sukar menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang membesar menjadi seorang individu dewasa. Tanpa disedari, cara asuhan yang terlalu memanjakan seperti ini boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan emosi dan jati diri anak-anak pada masa hadapan. Menurut seorang individu dikenali sebagai Hisyamuddin Hamirudin, terdapat beberapa perkara yang perlu dihentikan oleh ibu bapa apabila anak lelaki mereka memasuki usia baligh."Apabila anak lelaki dah baligh, lima benda ni ibu bapa kena berhenti buat. Kalau tak, jahanam anak lelaki tu. Apabila anak lelaki dah baligh, cara didik dia juga perlu berubah. "Jika terus dilayan seperti kanak-kanak, tidak hairan sekiranya mereka membesar tanpa jati diri yang kukuh," ujarnya menerusi perkongsian di aplikasi Threads.Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak yang sedang meningkat dewasa. -Gambar hiasan AI1. Berhenti urus semua benda untuk anakApabila anak lelaki sudah baligh, mereka perlu belajar berfikir dan buat keputusan serta menanggung akibat atas perbuatannya sendiri.2. Hentikan sifat terlalu melindungi anakLelaki yang tak pernah rasa kesusahan akan mudah patah apabila (dugaan) hidup mula menghentam.3. Berhenti kawal anak seperti budakPerbuatan ibu bapa yang kerap memeriksa dan mengawal boleh menyebabkan anak tak pernah belajar menjadi lelaki yang berdikari.4. Berhenti malukan atau merendah-rendahkan anakRamai lelaki membesar dengan luka dalaman kerana rumah sendiri tak pernah menjadi tempat yang membina keyakinan dirinya.5. Berhenti jadikan anak 'tempat bergantung emosi' secara berlebihan.Anak lelaki perlu belajar membesar dan memimpin hidupnya sendiri tanpa rasa bersalah untuk jadi matang.