WANITA hamil sememangnya perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan diri, malah turut mempengaruhi perkembangan bayi.Menurut seorang wanita, dia berdepan pengalaman menyedihkan apabila mendakwa mengalami keguguran gara-gara satu kesilapan ketika sambutan lebaran yang lalu. “Waktu aku mengandung anak pertama masa Hari Raya Aidilfitri lalu, ada orang tu dah tahu makanan tu rosak, tapi dia suruh aku rasa.“Aku pun bodoh, telan satu sudu mash potato tu. Kemudian masa raya aku duduk dalam bilik je la, terbaring muntah-muntah dan cirit-birit setiap jam."Dan akhirnya anak aku gugur. Waktu tu kandungan aku baru tujuh minggu. Orang mengandung ni silalah jaga pemakanan anda. Semua kena fresh,” ujarnya menerusi Threads.Keracunan makanan boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu mengandung. -Gambar hiasan AIHantaran itu turut menerima pelbagai komen netizen, terutamanya daripada golongan ibu.“Kenapa tak pergi wad kecemasan kalau dah muntah dan cirit-birit tiap jam? Saya masa mengandung pun keracunan. Pergi kecemasan terus kena masuk wad.“Apabila dah jadi emak ni, kena pandai melawan dan menolak. Kena pentingkan keselamatan diri dan anak kita dulu,” pesan netizen pula.Menurut laman kesihatan Healthline, berikut merupakan jenis keracunan makanan yang paling biasa berlaku:1. Norovirus2. Listeria3. E. coli4. SalmonellaJika tidak dirawat, semua ini boleh membahayakan semasa kehamilan.Keracunan makanan juga boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut:1. Norovirus boleh menyebabkan kekurangan zat makanan dalam beberapa kes yang jarang berlaku.2. Listeria boleh menyebabkan masalah perkembangan neurologi jangka panjang kepada janin anda.3. E. coli boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan salur darah atau kegagalan buah pinggang, yang sering ditunjukkan oleh najis berdarah.4. Salmonella berpotensi menyebabkan meningitis, artritis reaktif dan bakteremia.5. Dalam kes yang ekstrem, keracunan makanan boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran mati.Atas sebab-sebab ini, adalah penting untuk berhati-hati dengan apa yang anda makan semasa hamil.