RUMAH yang turut dihuni anak kecil lazimnya meriah, malah tidak keterlaluan jika dikatakan setiap sudut dan ruang pasti akan dipenuhi dengan lambakan permainan mereka.Bukan itu sahaja, trend masa kini memperlihatkan segelintir ibu bapa gemar membeli khemah kecil untuk dipasang di dalam rumah, bertujuan memberi peluang kepada anak-anak merasai pengalaman unik seumpama aktiviti perkhemahan sebenar. Dek kerana itu juga, ada dalam kalangan kanak-kanak ini yang begitu teruja sehinggakan memilih untuk tidur di dalam khemah tersebut pada waktu malam kerana menganggapnya sebagai satu aktiviti menyeronokkan.Meskipun perkara itu dianggap normal oleh ramai orang, namun segelintir pengguna media sosial mendakwa memasang khemah di dalam rumah boleh mengundang gangguan mistik.Menurut seorang wanita, anaknya pernah berdepan gangguan misteri selepas khemah yang dipasang dibiarkan selama beberapa hari di dalam rumahnya.Banyak khemah mainan untuk kanak-kanak dijual pada harga berpatutan.. -Gambar hiasan AI"Saya pasang khemah anak kat dalam bilik. Tapi silapnya ia terbiar beberapa hari tak berpenghuni."Tiba satu hari anak nak main dalam tu, dia menjerit dan keluar. Dia kata ada orang tepuk bahu."Memang kita terus tutup dan simpan khemah tu. Berdiri bulu roma. Masa tu suami kerja syif malam," dakwanya.Seorang lagi wanita mendakwa anaknya juga pernah melihat kelibat kanak-kanak misteri di dalam khemah mainan."Aku pun pernah pasang khemah dalam bilik anak. Dia mengadu. katanya ada budak muka sedih duduk dalam tu," kongsi wanita itu pula.Seorang lagi pengguna Threads berkata dia juga terpaksa membuang khemah mainan selepas berdepan gangguan misteri di dalam rumahnya."Pernah beli khemah mainan untuk anak buah. Tapi ada mainan bergerak sendiri dalam khemah tu. "Apabila pergi tengok tiada apa pun. Esoknya memang aku lempar keluar rumah terus. Sejak tu dah tak pasang khemah mainan dalam rumah," ujarnya.