Tak rugi sekiranya orang awam turut mempelajari teknik pertolongan cemas seperti Heimlich manoeuvre. -Gambar hiasan AI
HEIMLICH manoeuvre merupakan kaedah pertolongan cemas yang boleh digunakan untuk membantu seseorang yang sedang tercekik.Situasi cemas ini biasanya berlaku apabila mangsa tidak dapat bernafas kerana tercekik makanan, permainan atau objek asing lain menyekat tekak atau saluran pernafasan. Dr. Henry Heimlich yang mencipta teknik itu pada tahun 1974 mendapati baki udara dalam paru-paru seseorang boleh digunakan untuk mengeluarkan objek asing yang tersangkut di esofagus melalui tolakan pantas ke atas di bawah tulang rusuk.Jadi, anda boleh menggunakan Heimlich manoeuvre jika seseorang masih sedar dan tercekik. Kebiasaannya, anda boleh mengenal pasti seseorang sedang tercekik apabila mereka tidak mampu bercakap, bernafas atau batuk.Kadang-kala, pernafasan dan percakapan mereka menjadi semakin lemah sehingga hanya bunyi tercungap-cungap yang kedengaran.Jika seseorang masih mampu bercakap, batuk atau bernafas, jangan lakukan Heimlich manoeuvre.Sebaliknya, galakkan mereka terus batuk kerana ia kadang-kala mampu mengeluarkan objek asing tersebut. Lakukan teknik Heimlich Maneuver hanya jika nyawa seseorang berada dalam bahaya.Hidangan yang keras dan liat boleh menyebabkan seseorang tercekik sewaktu makan. -Gambar hiasan AIMenurut My Cleveland Clinic, berikut merupakan langkah untuk melakukan Heimlich manoeuvre:1. Berdiri di belakang mangsa dan lingkarkan tangan anda pada bahagian perutnya (abdomen).2. Genggam sebelah tangan dan pegang genggaman itu dengan tangan sebelah lagi.3. Letakkan bahagian ibu jari pada genggaman tangan tepat di bawah tulang rusuk dan kira kira dua inci di atas pusat.4. Tolak tangan dengan kuat dan pantas ke arah dalam serta ke atas sebanyak lima kali.5. Ulang proses ini sehingga objek yang tersekat dalam saluran pernafasan berjaya dikeluarkan atau mangsa tidak sedarkan diri. 6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, segera lakukan CPR.