GOLONGAN mat rempit sering dipandang serong oleh masyarakat dan turut dikaitkan dengan pelbagai tingkah laku negatif.Namun di sebalik pandangan serong itu, golongan berkenaan dilihat lebih mudah untuk mendekati wanita dan mencari pasangan hidup. "Sis hairan, mat rempit rambut kuning, muka tak mandi, pakai selipar jenama tiruan, stokin tak basuh tapi selalu dapat awek comel-comel."Mereka pakai ilmu apa?" tulis seorang wanita menerusi aplikasi Threads.Persoalan yang dibangkitkan wanita itu menerima pelbagai jawapan daripada netizen.Menurut seorang pemuda, dia melihat golongan mat rempit memiliki survival instinct tinggi yang menjadi 'pelaris' di mata wanita."Benda ni datang sebagai survival instinct. Pada zaman manusia hidup untuk survival, lelaki yang berani ambil risiko keluar berburu adalah lelaki yang paling elok untuk dijadikan pasangan atas dasar survival. Tidak semua mat rempit terlibat dengan aktiviti lumba haram. -Gambar hiasan AI"Inilah bad boy yang asal. Lama kelamaan ia encoded dalam genome manusia, sampai sekarang bad boy masih menjadi rebutan. Sebab tu jugalah lahirnya ayat awak terlalu baik untuk saya," jawab pemuda itu pula.Menurut laman sesawang woman.com, terdapat beberapa ciri yang menyebabkan golongan bad boy kelihatan menarik berbanding lelaki biasa.1. Lebih maskulinSecara tradisional, golongan bad boy dilihat sangat maskulin dan tidak takut untuk menunjukkan ciri-ciri itu.Menurut profesor psikologi dan penulis, Dr. Madeleine Fugère, sifat itu menjadikan mereka menarik di mata wanita."Lelaki dengan ciri-ciri sangat maskulin mungkin mempunyai kualiti gen yang lebih baik. Ia boleh menjadi tarikan kepada wanita pada tahap evolusi yang tidak sedar," ujarnya.2. Kepuasan wanitaIdea bahawa seorang wanita mampu mengubah dan 'menundukkan' bad boy turut menjadi faktor yang besar. Pakar psikiatri, Dr. Margaret Seide berkata bad boy biasanya tidak mahu terikat dengan komitmen hubungan.Namun, apabila bad boy akhirnya berbuat demikian, ia dilihat seperti satu kemenangan buat wanita yang berjaya memenangi hatinya.3. Sejarah silamAhli seksologi klinikal, Ness Copper berkata ramai wanita memilih bad boy kerana pola keluarga. Mereka yang cenderung kepada lelaki seperti ini mungkin membesar dalam persekitaran hubungan yang tidak stabil.Contohnya, kanak-kanak melihat ibunya menjalani kehidupan dengan bapa mereka yang memiliki ciri-ciri bad boy.Jadi, mereka mungkin menganggap hal itu sebagai sesuatu yang normal atau betul untuk ditiru.