RAMAI bakal pengantin mula memberi tumpuan kepada berat badan apabila tarikh perkahwinan semakin hampir.Namun, ramai yang berdepan cabaran kerana tidak mudah untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat. Namun menurut seorang wanita, dia berjaya menurunkan berat badannya dalam tempoh empat bulan tanpa melakukan senaman."Saya ambil masa empat bulan untuk kurangkan berat daripada 80 kilogram (kg) kepada 66 kg. Saya hanya makan nasi sekali seminggu, tidak minum air manis, banyak makan protein seperti ayam dan ikan serta sayur-sayuran hijau. "Saya juga elakkan produk tepung seperti mi, kek dan bihun serta makanan bergoreng. Saya cukupkan tidur dan makan tiga kali sehari tanpa bersenam. Kalau bersenam, mungkin boleh turun lebih banyak," ujarnya.Dalam hantaran di Threads, wanita itu berkata dia juga mengamalkan minum air kosong yang banyak sepanjang tempoh diet berkenaan.Bakal pengantin biasanya akan memulakan diet beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka. -Gambar hiasan AI"Untuk sarapan, saya ambil dua biji telur rebus atau yogurt Greek dengan granola atau roti wholemeal. "Tengah hari pula ayam atau salmon grill bersama salad atau suku-suku separuh, manakala malam chicken wrap atau sup ayam."Saya memang tak suka makan produk kurus. Kita nak kurus dengan sihat, bukan kurus tapi dapat masalah buah pinggang dan hati," tulisnya lagi.Berikut lima lagi perkara yang perlu diambil perhatian:1. Banyakkan aktiviti fizikal harian - Tambah pergerakan seperti berjalan lebih kerap, naik tangga dan elakkan duduk terlalu lama.2. Bersenam secara konsisten - Lakukan senaman ringan hingga sederhana seperti brisk walk atau joging beberapa kali seminggu.3. Cukupkan tidur setiap malam - Tidur yang tidak cukup boleh mengganggu hormon dan meningkatkan selera makan.4. Kawal stres - Stres berlebihan boleh mencetuskan emotional eating dan mengganggu usaha penurunan berat badan.5. Kekalkan rutin harian yang teratur. Disiplin dalam jadual harian membantu badan lebih stabil dan memudahkan kawalan berat.