suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuzik jalanan bakar isteri sarat hamil! Tuduh anak dikandung benih lelaki lain

Mangsa yang mengalami kecederaan lecur 80 peratus pada tubuh sedang menerima rawatan di hospital. -Foto Istimewa/Detik

SEORANG wanita hamil berdepan detik hitam apabila mengalami kecederaan parah dengan 80 peratus bahagian tubuhnya melecur selepas dibakar oleh suami sendiri yang diserang cemburu buta.

Kejadian berlaku di Jalan Melati Timur, Kecamatan Metro Pusat, Lampung, Indonesia, awal pagi 11 Oktober lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro, AKP Rizky Dwi Cahyo berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang dikenali sebagai Junaidi, 24, mengaku bertindak sedemikian kerana didorong rasa cemburu dan menuduh isterinya, Fitri Lema Kurniasari, 25, mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Malah, lelaki terbabit turut tergamak mengesyaki bayi yang sedang dikandung oleh isterinya itu bukan hasil hubungan mereka sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, pihak polis mendapati lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan curang yang dilemparkan terhadap mangsa.

"Ini hanya ketakutannya sendiri dan perasaan cemburu yang berlebihan. Apabila ditanya, dia juga tidak mempunyai bukti seperti yang dituduh terhadap mangsa," katanya pada Rabu.

Susulan kejadian itu, Junaidi yang bekerja sebagai pemuzik jalanan berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 44(2) Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 berkaitan Penghapusan Keganasan Rumah Tangga atau Seksyen 466(2) Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kanun Keseksaan Indonesia.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Agensi

Artikel Lain